Idris Khan kahwin model cantik Maghribi 20 Januari 2018

Gempak
November 16, 2017 00:40 MYT
Idris berkata setakat ini persiapan menjelang majlis itu berjalan lancar dan dia tidak terlalu tertekan untuk memikirkan soal perkahwinan
PELAKON dan model kacak, Idris Khan, 29, bakal mendirikan rumah tangga dengan gadis kelahiran Maghribi, Sanaa Jeljalane, 26, pada 20 Januari 2018.
Bagaimanapun, lokasi untuk majlis itu masih belum diputuskan.
"Saya dan Sanaa akan berkahwin pada 20 Januari 2018 di Kuala Lumpur. Cuma lokasi sebenar masih belum ada.
"Keluarga Sanaa akan turun ke sini untuk majlis perkahwinan kami.
"Setakat ini persiapan menjelang majlis itu berjalan lancar dan saya tidak terlalu tertekan untuk memikirkan soal itu (kahwin)," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Idealyst Medispa Putrajaya pada Rabu.
#Idris Khan #kahwin #keluarga #Kuala Lumpur #model #perkahwinan #Putrajaya #rumah #Sanaa Jeljalane