awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IIFA: Penganjur acara lepas tangan soal kebersihan

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
06/06/2015
23:53 MYT
IIFA: Penganjur acara lepas tangan soal kebersihan
Sikap penganjur yang lepas tangan dikesali.
Semalam bertempat di Istana Budaya, telah berlangsung acara IIFA Rocks Green Carpet yang menyaksikan kehadiran ramai bintang tersohor Bollywood.
Masing-masing muncul dengan gaya tersendiri di karpet hijau, dan kehebatan itu diterjemahkan dengan lebih sempurna di pentas persembahan.
Dengan kilauan lampu pentas yang berwarna-warni, kostum yang cantik, nyanyian merdu dan gerak tari yang senada, semuanya nampak bagai tidak ada cacat celanya.
Sayangnya, apa yang dilihat cuma pada zahir. Di sebalik kemegahan majlis tersebut, rupanya ada 'cenderahati' yang ditinggalkan pihak penganjur acara tersebut.
YANG INDAH
IIFA
IIFA
IIFA
IIFA
YANG JELIK
IIFA
IIFA
IIFA
IIFA
IIFA
IIFA
IIFA
IIFA
Gambar-gambar yang tersebar di laman sosial menunjukkan sikap lepas tangan penganjur yang membiarkan pengurusan Istana Budaya membuat kerja pembersihan dan pengemasan di luar dan di dalam dewan, selepas majlis tamat.
Melalui status di laman Facebook, kerja-kerja pembersihan hanya tamat pagi ini.
Ia dianggap sebagai tidak wajar kerana tanggungjawab tersebut sepatutnya dipikul oleh IIFA sendiri selaku penganjur.
Di samping itu, sikap artis-artis terbabit dan tetamu yang hadir juga boleh dipersoalkan kerana seolah-olah tidak punya kesedaran sivik tentang kebersihan.
IIFA, yang merupakan acara penganugerahan terbesar Bollywood, berlangsung di Kuala Lumpur tahun ini, dengan majlis anugerah utama bakal berlangsung Ahad ini di Stadium Putra, Bukit Jalil.
Topic Berkaitan
#IIFA 2015
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan