HIBURAN
Ikon sinema Iran Majid Majidi ke Malaysia, kongsi ilmu filem di IFF 2026
Arzani (tiga dari kanan) bersama barisan tetamu di sidang media sempena Festival Filem Iran (IFF) 2026 di Mid Valley Megamall semalam. - Foto ICCM
KUALA LUMPUR: Pengarah filem terkenal dari Iran, Majid Majidi akan hadir ke Malaysia sempena Filem Festival Iran (IFF) ke-4 pada Februari.
Kaunselor Kebudayaan Republik Islam Iran di Malaysia (ICCM), Habibreza Arzani berkata Majidi dijangka akan mengadakan sesi perkongsian di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Difahamkan sesi tersebut akan dijalankan sepanjang tempoh IFF 2026 iaitu pada 6 hingga 8 Februari.
“Ini merupakan peluang luar biasa kepada para pensyarah, pelajar dan pembikin filem Malaysia untuk belajar daripada salah seorang pengarah berpengaruh di peringkat global,” katanya semasa sidang media di sini, pada Selasa.
Tambahnya, komunikasi universal dalam sinema adalah penting dalam menghubungkan kebudayaan antara negara.
Bekas Pengerusi Finas, Datuk Kamil Othman yang turut hadir semasa sidang media tersebut berkata dengan kehadiran Majidi diharapkan pembikin filem tempatan dapat mengambil inspirasi daripada karya kreatif bersifat sederhana dan berunsur manusiawi.
Kamil turut memuji beberapa pengarah filem tersohor Iran seperti Asghar Farhadi dan Abbas Kiarostami, yang disifatkan berjaya merapatkan jurang antara kebudayaan tempatan dengan tema kemanusiaan sejagat.
Pada masa sama, Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Mohamad Razeef Shah berpendapat filem animasi dari Iran ‘Dreamland’ arahan Mohsen Enayati melambangkan kemajuan dalam industri perfileman.
Menurutnya, kejayaan filem yang dihasilkan dari Iran wajar dijadikan wacana ilmiah dan kajian bersama antara universiti-universiti tempatan dan barisan pengkarya di Iran.
Untuk rekod, Children of Heaven arahan Majidi merupakan filem pertama yang telah tercalon di Anugerah Oscar pada 1999 menerusi kategori Filem Bahasa Asing Terbaik.
Selain itu, beliau turut menghasilkan beberapa filem terkenal seperti The Color of God (2000), The Song of Sparrow (2009), Muhammad: The Messenger of God (2016) dan Sun Children (2021).
IFF ke-4 kali ini bakal menayangkan enam buah filem dari Iran di beberapa buah panggung wayang Golden Screen Cinemas (GSC).
Di Kuala Lumpur, tayangan akan diadakan di GSC Mid Valley Megamall dan Mytown, manakala penonton di Kota Kinabalu dan Johor Bahru boleh menontonnya di Suria Sabah dan Paradigm Mall.
Antara filem yang ditayangkan ialah The West Sky, Ahmed, Tear of the Reedbed, Dreamland, Guardian of the Field dan The Weeping Willow.
ICCM selaku penganjur turut memaklumkan bahawa tayangan filem ini adalah percuma untuk orang ramai dan tiket boleh ditebus mengikut pengunjung terawal bermula satu jam sebelum tayangan.