TIADA angin, tiada ribut para peminat dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan khabar 'pertunangan' dua penyanyi yang sedang melonjak naik namanya dalam industri seni, Iman Troye bersama Naim Daniel.
Lebih memeranjatkan apabila khabar itu dikongsikan Iman sendiri melalui kemas kini status di akaun Instagram miliknya, pada Sabtu.
Gambar yang dimuat naik kira-kira pukul 8.30 malam ini memaparkan Iman duduk di atas pelamin serba putih dengan memakai busana rona hijau.
Khabar angin itu terus hangat diperkatakan warga maya apabila penyanyi yang popular dengan lagu Teman itu memegang bunga tangan dan nama Naim ditandakan di atas jambangan tersebut.
Malah, Iman yang baharu berusia 19 tahun itu turut menaip status 'Alhamdulillah' pada imej tersebut.
Astro AWANI cuba menghubungi Iman Troye untuk bertanya lanjut sekali gus mengesahkan khabar angin itu, bagaimanapun penyanyi berkenaan tidak menjawab panggilan tersebut.
Dalam pada itu, menurut sumber terdekat Naim, khabar angin itu tidak benar dan ia hanya gurauan semata-mata.
“Naim dan Iman tidak bertunang...saya pun terkejut sebenarnya bila mengetahui perkara ini.
"Berita itu tidak benar dan saya rasa Iman hanya bergurau,” kata sumber yang mempunyai hubungan rapat dengan pelontar lagu Sumpah itu.
Terdahulu, Iman dan Naim pernah dikaitkan sedang bercinta tetapi kedua-dua penyanyi itu menafikan dan menjelaskan hubungan mereka sekadar 'abang dan adik'.
Tapi, kalau sudah jodoh tak kemana, betul tak? Kita doakan yang baik-baik sahaja untuk kedua penyanyi ini.
Asyraf Roslan
Sat Sep 25 2021
Khabar angin itu terus hangat diperkatakan warga maya apabila penyanyi yang popular dengan lagu Teman memegang bunga tangan dan nama Naim ditandakan di atas jambangan tersebut. - Gambar/ Instagram
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
Belajar dalam talian percuma dan berkesan
Pelajar Tingkatan Satu hingga Lima boleh memuat turun aplikasi PTTI Better Result dan boleh belajar secara -live- mengikut jadual yang ditetapkan.
Iman Troye, Naim Daniel bertunang?
Kalau betul apa salahnya.
COVID-19: Iman Troye mohon maaf gara-gara tweet 'Happy 6.9k'
Iman yang popular dengan lagu "Teman" telah dikecam teruk oleh netizen kerana dianggap tidak sensitif dengan situasi berkenaan.
Iman Troye gembira lagu Pejam Celik Hari Raya curi tumpuan pendengar
belum sampai sebulan diperdengarkan kepada peminat, lagu ciptaan Ezra Kong itu sudah mendapat hampir 7 juta tontonan di laman sosial YouTube.
PKP 2.0: Iman Troye rangka strategi dekatkan diri pada peminat
Penyanyi berusia 19 tahun ini menggunakan sepenuhnya media sosial sepanjang PKP untuk berhubung dengan peminat.