HIBURAN

Impian Cassidy La Creme jadi kenyataan bila bertemu sifu muzik

Gempak 16/12/2018 | 20:00 MYT
Cassidy dalam akaun Instagramnya berkongsi video, menunjukkan dirinya berduet bersama M Nasir.
PENYANYI popular YouTube, Cassidy La Creme yang sering menarik perhatian netizen di media sosial dengan aksinya berbahasa Malaysia kini mengakui impiannya sudah tercapai.

Dalam status terkini di akaun Instagramnya (IG), @cassidylacreme, dia menyatakan impiannya menjadi kenyataan selepas berpeluang menyanyi bersama penyanyi Datuk M Nasir.

Pastinya bukan calang-calang orang boleh berduet dengan sifu muzik tersebut apatah lagi berkongsi pentas dalam persembahan berprestij di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Bagi peminat yang tertanya-tanya bolehkah vokal dua penyanyi ini disatukan dalam lagu, ia dapat disaksikan menerusi video yang dimuat naik Cassidy dalam status yang sama.

Dalam video itu, Cassidy berlatih dengan M Nasir untuk menyampaikan lagu popular, Dua Insan.

A dream come true...


#cassidy la creme #media sosial #netizen