KUALA LUMPUR: Impian kumpulan muzik legenda Slam untuk membuat persembahan di pentas berprestij Dewan Filharmonik Petronas (DFP) di sini, bakal menjadi kenyataan apabila kumpulan slow rock itu diberi kepercayaan untuk beraksi pada 8 Jun depan.
Persembahan di pentas berprestij negara itu kelak merupakan aksi sulung Slam yang dianggotai Zamani selaku vokalis, Shah (gitaris), Eddie (keyboard), Lili (bass) dan Man (dram), sepanjang tiga dekad berkecimpung dalam industri muzik tanah air.
Shah atau nama sebenarnya Shah Nizam Abdul Halim, 50, berkata dalam konsert itu, Slam akan tampil berbeza dengan menyanyikan seleksi lagu yang jarang dibawa dalam persembahan langsung antaranya Malam dan Semalam, Bukan Niat Membalas Derita, Terasing Dalam Sepi, Suratan, Warna Kehidupan dan Buat Seorang Kekasih.
"Konsert ini khas buat peminat setia Slam yang tidak jemu menghargai dan menyokong karier seni kami sejak lebih 30 tahun lalu.
"Jadi, kami ambil peluang ini untuk memenuhi permintaan mereka," katanya dalam sidang media konsert berkenaan, semalam.
Menurutnya, selama ini setiap karya yang ditampilkan Slam sangat menepati selera dan jiwa peminat muzik Melayu seterusnya menjadi kekuatan kepada kumpulan itu untuk bertahan sehingga ke hari ini.
"... jadi kami tidak kecil hati bila orang nak kata kami ini band kampung atau 'leman' dan sebagainya... tapi kami bangga dengan muzik yang kami bawa sebab sampai sekarang, orang boleh terima lagu-lagu kami.
"Sebagai pemuzik, kami cuba buat susunan muzik yang lebih baik agar ia setanding dengan lagu baharu yang ada di pasaran sekarang," katanya.
Dalam pada itu, Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 53, walaupun masih dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan akibat masalah skoliosis atau tulang belakang melengkung, beliau optimis semuanya akan berjalan lancar.
Katanya beliau akan sentiasa menjaga kesihatan agar kekal cergas demi konsert yang bakal berlangsung.
"Alhamdulillah, kesihatan saya masih baik walaupun bukan 100 peratus... saya dah buat dua persembahan berskala besar selepas menjalani pembedahan. Insya-Allah, saya yakin semuanya akan baik-baik sahaja.
"Buat masa ini, saya hanya berlatih menyanyi setiap hari untuk mengekalkan momentum dan jaga stamina," katanya yang berhasrat untuk berduet dengan penyanyi Akim Ahmad suatu hari nanti.
Kredibiliti dan kemampuan Zamani untuk terus menyanyi turut dikagumi semua anggota kumpulannya dan menyifatkan bakat penyanyi itu sebagai anugerah dari Tuhan.
"Orang hanya lihat Zamani tak sihat, jadi orang pertikaikan kredibilitinya. Tapi, jujurnya bila kita lihat pencapaian Zamani, dia sebenarnya lebih baik daripada kebanyakan penyanyi lain sebab mampu menyanyi lebih dua jam tanpa berhenti.
"Baru-baru ini, dia buat persembahan selama tiga jam, tapi dia okey sahaja," kata Shah.
Tiket persembahan dengan harga RM188, RM248, RM288, RM388, RM448 dan RM548 boleh dibeli menerusi tempahan di laman sesawang DFP di www.dfp.com.my, e-mel di [email protected] atau telefon di talian 03-23317007.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 15 2024
Persembahan di pentas berprestij negara itu kelak merupakan aksi sulung Slam yang dianggotai Zamani (vokalis), Shah (gitaris), Eddie (keyboard), Lili (bass) dan Man (dram), sepanjang tiga dekad berkecimpung dalam industri muzik tanah air. -Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Slam masih berbisa, ubati rindu peminat di pentas DFP
Walaupun lebih tiga dekad mewarnai industri muzik tempatan, kumpulan ini membuktikan mereka masih relevan dalam industri hiburan tanah air apabila berjaya memukau sekitar 920 peminat setia yang hadir.
Aina Abdul meraih impian dengan konsert sulung di pentas DFP
Aina Abdul akan melakar sebuah lagi sejarah cemerlang dalam portfolio seninya apabila bakal membuat kemunculan sulung bersama MPO di DFP pada Mei ini.
Impian Slam buat persembahan di DFP bakal jadi kenyataan
Slam akan tampil berbeza dengan menyanyikan seleksi lagu yang jarang dibawa dalam persembahan langsung.
Meet Uncle Hussain masuk DPF, angkut sekali Hazama & Cliff Umar
Bertemakan A Homage To Our History, konsert ini akan mempersembahkan lagu-lagu hit antaranya Halusinasi, Putihnya Lukisan, Lagu Untukmu, dan Drama King.
Orkestra secara maya: Inisiatif Wisma Putra rai 'Perpaduan dalam Kepelbagaian'
Bersesuaian dengan semangat dan nilai 'Perpaduan dalam Kepelbagaian', Wisma Putra bersama MPO dan DFP mempersembahkan 60 pemuzik dari 26 negara.
Persembahan Spyro Gyra cuit kenangan lampau
Kuala Lumpur adalah destinasi kedua Spyro Gyra selepas N.Y. dalam jelajah meraikan ulangtahun ke-35 album Morning Dance, album yang mengangkat nama mereka sepanjang 40 tahun pembabitan dalam industri.