awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang Asli tidak terpinggir proses pendigitalan perkhidmatan - Shamsul Anuar
Lelaki maut 'terjun' dari kereta dipandu teman wanita
Dakwaan Malaysia serah 5,207 hektar tanah kepada Indonesia suatu penipuan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ingatkan gastrik, rupanya... - Hani Fadzil

Gempak
Gempak
20/09/2018
02:28 MYT
Ingatkan gastrik, rupanya... - Hani Fadzil
Hani Fadzil mendedahkan pada awalnya, dia hanya menganggap kesakitan yang dialami oleh suaminya hanya gastrik semata-mata.
PENGACARA dan penyampai radio ERA, Hani Fadzil mendedahkan pada awalnya, dia hanya menganggap kesakitan yang dialami oleh suaminya, Wan Faiz Wan Nor hanya gastrik semata-mata.
Menurut Hani, suaminya adalah seorang yang susah untuk ke hospital jika sakit namun pada kejadian itu, dia sendiri yang meminta untuk dibawa ke sana.
"Faiz mengadu susah untuk bernafas, rasa angin dalam badan tetapi saya anggap dia hanya sakit gastrik.
"Dua kali kami pergi ke klinik yang berbeza tetapi dia masih mengadu sakit. Selepas saya habis kerja, Faiz sendiri meminta saya bawanya ke hospital.
"Doktor maklumkan, pembedahan harus dilakukan serta merta kerana di bahagian kanan paru-parunya sudah kempis," katanya.
Hani ditemui di Perlawanan Persahabatan Bola Sepak antara Pilihan YB Syed Saddiq dengan Dugong All Stars di Stadium Muar, Johor baru-baru ini.
Tambah Hani, buat masa ini suaminya diberi cuti rehat dan tidak boleh menaiki kapal terbang selama tempoh tiga bulan.
"Selama Faiz diberi cuti rehat, dia tidak boleh mengangkat barang serta tidak dibenarkan menaiki kapal terbang selama tempoh tiga bulan kerana akan memberi tekanan kepada paru-parunya.
"Faiz dijangka akan kembali pulih sepenuhnya dalam tempoh tiga bulan lagi," katanya kepada Gempak.
Topic Berkaitan
#gastrik
#Hani Fadzil
#Hospital
#kapal terbang
#paru-paru
#Wan Faiz Wan Nor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan