HIBURAN
"Ini bukan cara kita sepatutnya berakhir" - Dr Fie luah rasa terhadap Nubhan
Dr. Afifah berkata, dia pernah menjadi penyokong terbesar dan paling setia kepada suaminya namun amat kecewa dengan cara hubungan mereka berakhir. - Gambar/ IG Dr Fie
ISTERI kepada penyanyi dan peserta Gegar Vaganza 12 (GV12) Ahmad Nubhan, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau dikenali sebagai Dr. Fie membuat luahan penuh emosi mengenai keretakan rumah tangga mereka ketika ini.
Luah Dr. Afifah, dia pernah menjadi penyokong terbesar dan paling setia kepada suaminya namun amat kecewa dengan cara hubungan mereka kini berakhir.
"Ada masanya saya adalah penyokong terbesar awak, penyokong terbaik. Saya percayakan awak, saya sangat mengambil berat terhadap awak dan saya memberikan yang terbaik walaupun ia tidak sempurna di mata awak.
"Tetapi, ini bukan cara yang sepatutnya kita berakhir. Anak-anak kita semakin membesar, tidak lama lagi mereka akan mula memahami. Tolong kita pilih damai dan senyap @nubhan.ahmad," katanya.
Dr. Afifah turut meluahkan kebimbangan terhadap kesan perpisahan itu kepada anak-anak mereka yang kini semakin membesar.
“Anak‑anak kita sedang membesar, tidak lama lagi mereka akan mula memahami. Tolonglah, marilah kita pilih jalan damai,” pintanya.
Dr Afifah berkata, dia juga tidak mahu diulit kesedihan berpanjangan dengan apa yang berlaku dalam hubungan rumah tangga mereka ketika ini, namun berharap semuanya selesai dengan cara baik.
Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad telah memfailkan pengesahan dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk terhadap Dr. Afifah di Mahkamah Syariah Sepang.
Nubhan kemudiannya memfailkan tuntutan hadanah penuh terhadap tiga orang anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
Nubhan dan Dr. Afifah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurnikan tiga cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3 tahun.