"Ini bukan tempat kita Papa" - Nota Iqram sempena hari jadi arwah bapa menyentuh hati

Gempak
Mac 5, 2018 12:15 MYT
Tulis Iqram, dia sedang berusaha untuk mengotakan kata-kata yang pernah diungkapkan pada malam hari jadinya ke-36 tahun lalu.
PELAKON Iqram Dinzly menyentuh hati netizen menerusi ucapan hari jadi arwah bapanya, Muhammad Saipuddin Ahmad Said.
Tulis Iqram, dia sedang berusaha untuk mengotakan kata-kata yang pernah diungkapkan pada malam hari jadinya ke-36 tahun lalu.
"Papa oh Papa! Happy Birthday. Maaf tidak bersama kerana Iq (Iqram) sedang berusaha untuk kotakan kata-kata yang pernah Iq perkatakan melalui penulisan terakhir Iq kepada Papa di malam hari kelahiran Iq yang ke 36 tahun lepas," tulisnya.
BACA JUGA: Mufti Wilayah Persekutuan hadiahkan Iqram Dinzly arnab
BACA JUGA: "Hanya salah faham, tak ada niat buruk" - Fathia Latiff mohon maaf dengan Iqram Dinzly
#arwah ayah #berita Malaysia #Berita Terkini #birthday #hari jadi #Iqram Dinzly #Malaysia #pelakon