awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ini pemenang Oscar jika ditentukan carian Google Malaysia

Astro Awani
Astro Awani
01/03/2014
00:00 MYT
Ini pemenang Oscar jika ditentukan carian Google Malaysia
Musim Oscar kembali lagi dan Google Malaysia berkongsi informasi siapakah yang bakal memenangi trofi paling berprestij itu sekiranya pemenang ditentukan oleh trend carian rakyat Malaysia sejak 12 bulan lalu di www.google.com.my dijadikan penentu.
Google Malaysia telah memilih kata kunci carian popular di Google Trends dan membandingkannya dengan senarai calon akhir Anugerah Akademi untuk beberapa kategori utama.
Berdasarkan trend carian di Google Malaysia, rata-rata rakyat Malaysia memilih filem Her sebagai pemenang untuk kategori utama Filem Terbaik. Calon lain untuk kategori utama ini adalah filem Gravity, Captain Philips, 12 Years A Slave dan Dallas Buyers Club.
Bagi kategori Pengarah Terbaik, rakyat Malaysia memilih Steven McQueen dari filem 12 Years A Slave menewaskan carian untuk Martin Scorsese (The Wolf of Wall Street), Alfonso Cuaron (Gravity) dan David O. Russell (American Hustle).
Pelakon popular Leonardo DiCaprio dari filem The Wolf of Wall Street pula pelakon yang dimahukan oleh rakyat Malaysia untuk memenangi trofi Pelakon Lelaki Terbaik. Turut dicalonkan dalam kategori yang sama adalah Christian Bale (American Hustle), Bruce Dern (Nebraska) dan Chiwetel Ejiofor (12 Years a Slave).
Pilihan rakyat Malaysia memihak kepada Amy Adams dari filem American Hustle untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik mengenepikan calon kegemaran Cate Blanchett dari filem Blue Jasmine, Sandra Bullock (Gravity) dan Judi Dench (Philomena).
Pilihan rakyat Malaysia berdasarkan kunci carian Google untuk kategori lain adalah:
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Bradley Cooper (American Hustle) Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Jennifer Lawrence (American Hustle) Filem Bahasa Asing Terbaik – Omar (Palestin) Lakonlayar Asal Terbaik – Woody Allen (Blue Jasmine) Filem Animasi Terbaik – Frozen Lagu Tema Terbaik – Happy (Despicable Me 2)
Topic Berkaitan
#Anugerah Akademi
#Oscars
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan