[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
ENTERTAINMENT

Ini sebab mengapa 'Sangkar' perlu ditonton

Gempak 05/09/2019 | 07:55 MYT
Ada antara mereka yang pertama kali menonton filem Melayu bersama pasangan, ada juga yang pertama kali tidak menyentuh bertih jagung ketika menonton wayang disebabkan terlalu fokus. - Gambar fail
FILEM terbaharu arahan Kabir Bhatia iaitu Sangkar berjaya menarik perhatian ramai peminat untuk menjengah ke pawagam.
Menerusi tinjauan Gempak di laman Twitter, ramai netizen yang berkongsi detik 'first time' mereka ketika dan selepas menonton Sangkar.
Ada antara mereka yang pertama kali menonton filem Melayu bersama pasangan, ada juga yang pertama kali tidak menyentuh bertih jagung ketika menonton wayang disebabkan terlalu fokus.
Malah tidak kurang juga, ada netizen yang pertama kali memberikan markah tinggi untuk filem Melayu.
Boleh dikatakan, kebanyakan netizen memuji Sangkar dan mencadangkan orang lain untuk turut menontonnya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sedikit info mengenai Sangkar, filem ini menonjolkan keistimewaan dengan mengetengahkan sukan seni bela diri campuran (MMA) buat pertama kalinya dalam sejarah pembikinan filem di Malaysia.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sangkar dibintangi oleh Remy Ishak, Zul Ariffin, Mira Filzah, Ray Era, Nik Adam Mika dan ramai lagi.
Jangan lepaskan peluang untuk menonton Sangkar yang kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara serta Brunei dan Singapura!
#Astro Shaw #Kabir Bhatia #MMA #Nik Adam Mika #Ray Era #Remy Ishak #sangkar #Twitter #Zul Ariffin