awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pencalonan Oscars 2026: Lima aktor bersaing bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik
Selepas menanti 24 jam, emas 100M T12 kekal milik Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ini terjadi apabila Syafiq Kyle jadi mentor kepada pelakon cilik!

Shafizan Johari
Shafizan Johari
27/12/2018
02:19 MYT
Ini terjadi apabila Syafiq Kyle jadi mentor kepada pelakon cilik!
Syafiq bimbing 20 kanak-kanak cilik yang membintangi teater 'Mona Ke Daerah M' baru-baru ini.
Tiga perkara utama yang dititikberatkan Syafiq Kyle dalam setiap lakonan ialah penguasaan minda, pergerakan dan pernafasan.
Perkara ini dikongsikan bintang Tak Ada Cinta Sepertimu itu kepada 20 kanak-kanak cilik yang membintangi teater Mona Ke Daerah M baru-baru ini.
Syafiq turut berkongsi cara beliau menguasi pemikiran ketika sedang berlakon.
"Memang anda sebut (contohnya) 'Kau siapa?', tetapi anda sedang berfikir mengenai perkara lain, betul tak? Semua pelakon pernah macam tu kan? Abang macam tu juga.
"Abang berlakon cinta cintun 'Aku sayang kau, aku cinta kau' tapi dalam hati 'alamak aku tak makan lagi, aku lapar ni'. So it's about your mind."
Naskah Mona Ke Daerah M tulisan Amar Amir dipentaskan selama tiga malam pada hujung minggu lalu melibatkan 20 anak-anak yatim dan tanpa dokumen, sebagai pelakon.
Malah, mengagumkan, mereka turut memegang watak-watak utama dalam naskah teater itu yang dipentaskan secara langsung di hadapan audien yang besar.
Diterbitkan oleh Teach For The Needs (TFTN) sebuah badan amal yang memperjuangkan isu pendidikan kepada kanak-kanak marginal, naskah ini dibintangi pelakon-pelakon cilik yang berusia antara 10 dan 16 tahun yang tinggal di rumah-rumah kebajikan dan tidak mempunyai sebarang didikan dan pendedahan awal dalam bidang teater.
Menariknya, mereka berjaya mendalami semua asas bidang teater sehingga ke pengolahan tubuh dan proses mendalami skrip dalam tempoh kurang tiga minggu.
Topic Berkaitan
#artis
#Kanak-kanak
#kemiskinan bandar
#pelakon
#pendidikan
#Syafiq Kyle
#terpinggir
#TFTN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan