Ini yang ditunggu peminat DC, trailer pertama filem Joker

Nisreen Nadiah
April 4, 2019 11:03 MYT
Kisah original watak antagonis arahan Todd Phillips itu dibintangi oleh pelakon Oscar, Joaquin Phoenix.
DETIK yang ditunggu-tunggu para peminat DC akhirnya tiba apabila Warner Bros Pictures lancarkan trailer rasmi filem Joker.
Selepas hanya 10 jam trailer tersebut dilancarkan, ia sudahpun berjaya mencatat lebih 8 juta tontonan.
Kisah asal-usul watak antagonis arahan Todd Phillips itu dibintangi oleh pelakon Oscar, Joaquin Phoenix.
Trailer tersebut mencerminkan gambaran awal Phoenix yang memegang watak bernama Arthur, yang merupakan seorang pelawak dari Gotham menghadapi saat-saat getir dalam hidupnya.
Tragedi yang menimpanya menjurus kepada kegilaan yang mana pada akhirnya dia muncul dengan kostum 'supervillain' klasik.
BACA: Digelar Putera Jenayah, ini pelakon yang pernah jadi 'Joker' di layar perak
Selain Phoenix sebagai watak utama, filem ini juga akan dibarisi pelakon hebat seperti Robert De Niro, Zazie Beetz, Bill Camp dan Frances Conroy.
Phoenix merupakan 'ahli baharu' dalam barisan pelakon watak Joker, termasuk The Dark Knight oleh Christopher Nolan yang dibintangi Heath Ledger, Suicide Squad oleh Jared Leto, Batman oleh Jack Nicholson, Mark Hamill dalam Batman: Arkham Asylum serta Cameron Monaghan dalam siri televisyen Gotham.
BACA: Joker kongsi poster hari ini, esok trailer pula
Filem terbitan Warner Bros Pictures ini akan mula ditayangkan pada 4 Oktobber 2019.
#DC #filem #Heath Ledger #Jared Leto #Joaquin Phoenix #Joker #Robert De Niro #Todd Phillips #Warner Bros Pictures