HIBURAN
INNOVATHON 3: NodeReveal unggul pada minggu kedua dengan inovasi tingkat ketepatan kesan kanser usus
NodeReveal memperkenalkan inovasi berasaskan larutan makmal khas yang berupaya melarutkan lemak mesorektal, sekali gus meningkatkan visualisasi nodus limfa secara lebih jelas dan tepat. - Foto Gempak
KUALA LUMPUR: Keupayaan inovasi tempatan memperhalusi pengesanan kanser usus sekali lagi dibuktikan apabila NodeReveal diumumkan sebagai juara minggu kedua program realiti inovasi, INNOVATHON musim ketiga, yang disiarkan pada Sabtu lalu.
Ringkasan AI
Kejayaan itu hadir hasil pembentangan inovasi yang memberi tumpuan kepada cabaran utama dalam pemeriksaan kanser usus, khususnya proses pengesanan nodus limfa yang bersifat teknikal, rumit dan memakan masa.
Menurut pasukan NodeReveal, saiz nodus limfa yang kecil sering menyebabkan ia terlepas pandang, sekali gus memberi kesan kepada ketepatan penentuan tahap atau staging kanser.
Menyedari jurang kritikal itu, NodeReveal memperkenalkan inovasi berasaskan larutan makmal khas yang berupaya melarutkan lemak mesorektal, sekali gus meningkatkan visualisasi nodus limfa secara lebih jelas dan tepat.
Pendekatan ini bukan sahaja memudahkan proses pemeriksaan, malah berpotensi meningkatkan kadar pengesanan kanser yang telah merebak.
Keberkesanan inovasi berkenaan turut disokong melalui kajian klinikal yang dijalankan di Hospital Queen Elizabeth, yang berjaya mengesan 21 kes kanser usus yang telah merebak ke nodus limfa, satu pencapaian signifikan dalam landskap diagnostik kanser di negara ini.
Walaupun konsep asas inovasi seumpama ini pernah diperkenalkan di United Kingdom dan Amerika Syarikat, NodeReveal tampil dengan pendekatan baharu melalui komposisi bahan yang berbeza, sekali gus menyesuaikannya dengan keperluan klinikal tempatan.
INNOVATHON musim ketiga terus memperkukuh reputasinya sebagai platform pencungkil bakat inovasi apabila menampilkan barisan personaliti terkenal sebagai tulang belakang program.
Primadona negara, Erra Fazira menggalas tanggungjawab sebagai juri, manakala Amelia Henderson dan Awal Ashaari bertindak sebagai hos utama. Ceddy Ang pula mengendalikan segmen kapsul, sementara Datuk Aznil Nawawi berperanan sebagai mentor yang membimbing dan menyuntik motivasi kepada para peserta.
Program inovasi terkemuka Asia ini, hasil kerjasama Astro bersama Kementerian Ekonomi serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), menyaksikan skala penganjuran yang lebih besar dengan penyertaan meningkat hampir dua kali ganda berbanding musim sebelumnya.
INNOVATHON bersiaran setiap Sabtu, jam 9 malam secara eksklusif di Astro RIA (saluran 104), Astro Vaanavil, Astro Showcase serta boleh distrim menerusi Astro GO dan sooka, menampilkan pelbagai idea kreatif dan ciptaan inovatif yang berpotensi mengubah masa depan.
Ringkasan AI
- NodeReveal diumumkan sebagai juara minggu kedua program realiti inovasi INNOVATHON musim ketiga, memperhalusi pengesanan kanser usus dengan fokus pada pengesanan nodus limfa yang rumit.
- Inovasi NodeReveal menggunakan larutan makmal khas untuk melarutkan lemak mesorektal, memperbaiki visualisasi nodus limfa bagi meningkatkan ketepatan penentuan tahap kanser usus.
- Keberkesanan inovasi ini terbukti melalui kajian klinikal di Hospital Queen Elizabeth yang berjaya mengesan 21 kes kanser usus yang telah merebak ke nodus limfa, memperkukuh landskap diagnostik kanser di Malaysia.