'Inspektor Nizam' meninggal dunia

Raja Hisyam Raja Zaid
Ogos 6, 2018 08:46 MYT
Nizen, 33 tahun menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Aminah, Johor pagi tadi. - Gambar Astro AWANI
Nizen Ayob, pelakon utama drama bersiri Gerak Khas meninggal dunia kira-kira jam 11.55 pagi tadi.
Nizen, 33 tahun, dilapor menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru akibat kerosakan pada buah pinggang.
Pelakon itu sebelum ini turut dilaporkan berada dalam keadaan koma.
Jenazah akan dibawa ke rumah keluarga Allahyarham di Johor Bahru sebelum dikebumikan.
Sinonim dengan watak Inspektor Nizam dalam Gerak Khas, Allahyarham sebelum ini pernah menjayakan beberapa drama TV termasuk Janji Jaslina, Istikharah Cinta dan Cinta Jannah.
Nizen, yang juga merupakan cucu kepada pelakon veteran, Allahyarham Datuk S.Roomai Noor, juga pernah menyertai musim ketiga program realiti, Pilih Kasih.
#buah pinggang #Gerak Khas #Hospital Sultanah Aminah Johor #meninggal dunia #Nizen Ayob #pelakon #s roomai noor #salina saibi