Intan Ladyana, Harris Alif positif COVID-19, dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh

Gempak
Disember 23, 2021 05:24 MYT
Intan telah membuat hantaran di ruangan IG Story ketika berada di dalam ambulans kira-kira pukul 11 malam, Rabu. - Foto Astro GEMPAK
PELAKON Intan Ladyana dan suami, Harris Alif dilaporkan telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh selepas mereka disahkan positif COVID-19.
Menerusi perkongsian di laman sosial Instagram (IG) Melodi, rata-rata peminat meluahkan kebimbangan mereka kepada Intan Ladyana yang dilaporkan sedang hamil anak sulung.
Mereka turut mendoakan agar Intan dan Harris diberikan kesembuhan dan kembali pulih.
Tinjauan Gempak di laman sosial IG Intan dan Harris mendapati, kedua-dua mereka belum memuat naik
sebarang kemas kini atau maklumat mengenai perkara tersebut.
Bagaimanapun, Intan telah membuat hantaran di ruangan IG Story ketika berada di dalam ambulans kira-kira pukul 11 malam, Rabu.
Sementara itu, Gempak cuba mendapatkan Intan dan Harris untuk mengetahui perkembangan terkini mereka, namun pasangan suami isteri terbabit gagal dihubungi.
Apa pun, Gempak mendoakan semoga Intan dan Harris tidak mengalami gejala serius dan dipermudahkan segala urusan.
Artikel asal diterbitkan di portal Astro Gempak.
#positif COVID-19 #Intan Ladyana #Suami Intan Ladyana #Hospital Sungai Buloh