awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iqbal dicemuh kerana bercita-cita 'ganti' Justin Bieber menyanyi di konsert

Gempak
Gempak
13/06/2022
03:36 MYT
Iqbal dicemuh kerana bercita-cita 'ganti' Justin Bieber menyanyi di konsert
Iqbal Zukefli menjadi mangsa cemuhan netizen apabila meluahkan 'hasrat' menggantikan Justin Bieber mengadakan konsert di Malaysia.
BARU-BARU ini, kecoh di laman sosial mengenai perkhabaran sedih yang disampaikan oleh penyanyi antarabangsa, Justin Bieber yang mengakui kini sedang menghidap sindrom Ramsay Hunt.
Merupakan sindrom yang mengakibatkan lumpuh sebelah wajah, Justin kemudian mengambil keputusan untuk menunda konsert jelajahnya di beberapa buah bandar dan hal itu sekali gus mengejutkan ramai peminat di Malaysia.
Begitupun, lain pula ceritanya selebriti media sosial dan penyanyi kontroversi, Iqbal Zulkefli.
Menerusi ruangan komen di akaun Facebook sebuah portal hiburan, Iqbal secara sukarela memberitahu yang dia sedia untuk menggantikan Justin Bieber menyanyi untuk rakyat Malaysia.
“Tak apa, saya ada boleh ganti. Nak dengar lagu apa? Tulis siap-siap jangan last minutes baru nak bagi list ya,” tulis Iqbal.
Hal tersebut bagaimanapun menimbulkan cemuhan dalam kalangan netizen yang rata-rata tidak bersetuju dengan kenyataan ‘berani mati’ itu.
“Konfiden itu penting, tapi kesedaran dalam diri pun penting.”
“Saya nak booking awak untuk upacara panggil hujan. Tempat saya kemarau, tanaman semua tak menjadi. Kot-kot dengan nyanyian merdu awak boleh menyebabkan ribut petir kat sini.”
“Takut takda orang hadir ke konsert Iqbal.”
“Sebenarnya Iqbal ni ada bakat yang sangat terpendam, saya syorkan Iqbal pendam je bakat yang sangat terpendam tu.”
Untuk makluman, sindrom Ramsay Hunt (herpes zoster oticus) berlaku apabila wabak kayap menjejaskan saraf muka berhampiran salah satu telinga anda.
Selain ruam kayap yang menyakitkan, sindrom Ramsay Hunt boleh menyebabkan lumpuh muka dan kehilangan pendengaran pada telinga yang terjejas.
Sindrom Ramsay Hunt disebabkan oleh virus yang sama yang menyebabkan cacar air.
Selepas cacar air hilang, virus itu masih hidup dalam saraf anda.
Beberapa tahun kemudian, ia mungkin diaktifkan semula dan apabila berlaku, ia boleh menjejaskan saraf muka anda.
Artikel asal di Gempak
Topic Berkaitan
#Justin Bieber
#Ramsay Hunt
#Iqbal Zulkefli
#Datuk Seri Vida
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan