awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekalan air di Melaka mencukupi untuk Aidilfitfi - Exco
Dentuman misteri kembali didengari, JMG Perak dan polis tidak terima aduan
Jualan sektor pembuatan naik 4.2 peratus kepada RM1.97 trilion pada 2025 - Perangkaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ira Kazar tenang dan positif hadapi kontroversi, keluarga tidak terkesan

Gempak
Gempak
28/06/2023
06:04 MYT
Ira Kazar tenang dan positif hadapi kontroversi, keluarga tidak terkesan
Ira sah bergelar isteri kepada Syamsul pada 5 Januari selepas pengarah filem Mat Kilau itu berkongsi sednori berita berkenaan menerusi sepotong video di Instagramnya. - Foto Astro Gempak
ISTERI kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar, 27, tenang dan positif walaupun dihimpit pelbagai kontroversi rumah tangga.
Perkara itu disahkan sendiri oleh kakak sulung Ira iaitu Melor Kazar, 40, yang ditemui oleh Gempak bersama kakak kedua, Yasmin Kazar, 37, hadir ke Majlis Tayangan Perdana Filem Sue-On, malam tadi.
Malah, Melor menjelaskan Ira dan seluruh keluarganya hanya menjalani kehidupan seperti biasa sejak dahulu lagi.
“Dengan apa yang terjadi saya percaya kami satu keluarga tidak terkesan dengan apa-apa pun, kami sekeluarga Alhamdulillah ok sahaja.
“Menjalani kehidupan seperti biasa dan tiada sebarang kelainan pun.
“Keadaan Ira juga sama sahaja daripada dulu, tiada yang lebih tiada yang kurang. Dia sentiasa positif, ayah paling okey. Kalau ayah okey kami semua okey,” katanya.
Dalam pada itu, Melor turut mendedahkan dia ada membaca komen nakal yang ditinggalkan netizen terhadap Ira, namun memilih untuk tidak mengambil serius.
“Kami satu keluarga baca semua komen netizen sama ada negatif mahupun positif. Yang baik kami ambil yang buruk kami buang.
“Kami adik-beradik sudah diajar dan dididik untuk sentiasa bersabar. Sebab kalau baca akan ganggu mental,” katanya lagi.
Sementara itu, Yasmin Kazar pula sempat berkongsi mengenai sambutan Aidiladha mereka sekeluarga.
Menurut Yasmin, mereka sekeluarga menyambut hari Raya Haji dalam suasana yang sederhana sambil duduk berkumpul antara adik-beradik.
“Raya Haji kami memang tidak semeriah raya Aidilfitri pun. Tiada kampung, memang asal dari Kuala Lumpur.
“Tetapi akan raya bersama-sama juga, duduk berkumpul adik beradik. Cumanya ada keluarga sebelah ibu akan datang beraya dekat rumah,” ujarnya.
Dalam pada itu, ditanya adakah bakal menyambut raya bersama-sama Syamsul, Yasmin berkata masih tiada perancangan berkenaan hal itu.
“Tiada rancang lagi untuk raya dengan Syamsul atau sebagainya, selalu spontan sahaja semua,” kongsinya ringkas.
Sekadar info, Ira sah bergelar isteri kepada Syamsul pada 5 Januari selepas pengarah filem Mat Kilau itu berkongsi sednori berita berkenaan menerusi sepotong video di Instagramnya.
Susulan itu, Puteri Sarah yang masih isteri pertama Syamsul ketika itu bertindak menfailkan perceraian sebelum sah bercerai talak satu pada 14 Jun lalu. -Gempak
Topic Berkaitan
#Ira Kazar
#Syamsul Yusof
#puteri sarah liyana
#Melor Kazar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan