awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran alami gangguan internet menyeluruh ketika protes antikerajaan merebak ke seluruh negara
Keputusan AGC tidak teruskan 47 pertuduhan terhadap Zahid cetus persoalan ketelusan – Ramkarpal
ISTAF beri Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isteri Ammar Alfian failkan cerai, nekad dapatkan hak penjagaan anak

Gempak
Gempak
12/03/2020
04:00 MYT
Isteri Ammar Alfian failkan cerai, nekad dapatkan hak penjagaan anak
Nelissa yang ditemui pada pertunjukan fesyen Alia B dia White Box Publika semalam memberitahu dia lebih lega selepas mengambil keputusan untuk berpisah dengan Ammar. - Foto Astro GEMPAK
ISTERI kepada bintang filem Paskal, Ammar Alfian, Nelissa Nezam mendedahkan telah memfailkan tuntutan cerai pada Januari lalu.
Bagaimanapun, proses itu memakan masa beberapa bulan dan akui Nelissa dia sudah nekad untuk berpisah dengan Ammar.
"Saya boleh katakan sekarang saya sedang melalui fasa 'single parenting'. Pada Januari lalu saya sudah failkan tuntutan perceraian dan ia masih dalam proses untuk menyelesaikan beberapa hal berkaitan dokumen dan hak penjagaan anak.
"Tidak banyak yang boleh saya kongsikan secara lebih terperinci kerana ia melibatkan proses mahkamah.
"Saya masih menunggu dan harap-harapnya boleh selesai dengan cepat," katanya kepada Gempak.
Nelissa yang ditemui pada pertunjukan fesyen Alia B dia White Box Publika semalam memberitahu dia lebih lega selepas mengambil keputusan untuk berpisah dengan Ammar.
"Selepas failkan perceraian saya rasa lega dan gembira untuk memulakan kehidupan baru bersama anak saya, Kyro.
"Sebagai seorang isteri saya mahukan sesuatu daripada suami saya dan saya tidak memperolehinya sepanjang perkahwinan, jadi kita teruskan hidup seadanya.
"Saya tahu apa yang saya mahukan dalam hidup saya dan saya sudah memberikan segalanya dalam perkahwinan saya.
"Mungkin pilihan saya kepada individu yang salah sebenarnya. Saya bersedia untuk 'move on' sekarang," tambahnya.
Tegas Nelissa, tiada peluang seterusnya untuk Ammar.
"Apabila seseorang berbuat salah, mereka akan tersedar bahawa sudah terlambat untuk menyesal jadi itulah situasi yang berlaku sekarang," ujar Nelissa lagi.
Ammar dan Nelissa telah mendirikan rumah tangga sejak empat tahun lalu dan perkahwinan mereka mulai retak apabila Ammar didakwa menjalinkan hubungan sulit ketika isterinya sedang hamil enam bulan.
Saksikan karya lakonan Ammar Alfian yang pernah ditayangkan di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang!
Topic Berkaitan
#Ammar Alfian
#anak
#mahkamah
#Nelissa Nezam
#Paskal
#perceraian
#perkahwinan
#selebriti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan