SITI Arifah Amin, isteri kepada penyanyi lagu ketuhanan, Hafiz Hamidun, telah memfailkan faraq atau pembubaran pernikahan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Jumaat lalu.
Ia adalah susulan tindakan Hafiz mempertikaikan status pernikahan mereka.
Siti Arifah yang lebih dikenali dengan nama Jov Revfa, menjelaskan, tindakan itu dibuat demi menuntut keadilan dan mahu membuktikan bahawa tiada isu yang memungkinkan pernikahan mereka tidak sah.
Joy memberitahu media, Hafiz membuat dakwaan demikian dengan alasan ada isu pada perceraiannya dengan bekas suami sebelum ini.
"Saya mahu mempertahankan hak dan kemaslahatan saya sebagai wanita, dan membuktikan perkahwinan kami sah di sisi agama dan undang-undang.
"Selepas berkahwin pada 1 Mei lalu, hanya enam hari sahaja Hafiz tinggal di rumah saya. Selama itu, dia seorang suami yang penyayang dan kami menjalani kehidupan sebagai suami isteri seperti pasangan lain.
"Tetapi pada 23 Mei, dia tiba-tiba sahaja datang berjumpa saya dan membuat dakwaan meragui status perceraian saya dengan bekas suami.
"Selepas itu dia mula mengabaikan saya. Sebagai isteri saya sangat sedih," kata Joy dalam sidang media di mahkamah pagi ini yang disiarkan secara langsung di laman Facebook Harian Metro.
Dalam tempoh hampir tiga bulan, kata Joy, dia sudah cuba sedaya upaya untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian, namun tindakan Hafiz yang tidak mengendahkan dirinya menyukarkan usaha itu.
"Dia seolah-olah tak mahu mengaku lagi saya isterinya sedangkan saya sampai ke hari ini masih anggap dia suami saya," katanya.
Tambah Joy, tindakan memohon pembubaran ini dibuat sebagai usaha untuk meredakan semua isu berbangkit dan mencari jalan penyelesaian.
Permohonan pembubaran dibuat mengikut Seksyen 61(3)(b)(1) dan Seksyen 62(1)(b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003.
Kes akan disebut semula pada 14 September ini.
Hafiz dan Joy Revfa diijabkabulkan di Masjid Negeri, Shah Alam pada 1 Mei 2017 dengan sekali lafaz.
Joy Revfa pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia tiga tahun.
Madiha Abdullah
Mon Aug 21 2017
Hafiz dan Joy Revfa diijabkabulkan di Masjid Negeri, Shah Alam pada 1 Mei 2017 dengan sekali lafaz.
Batu Puteh: Kerajaan cadang nyah sulit laporan akhir Pasukan Petugas Khas - Fahmi
Peguam Negara dicadang mempertimbang untuk menyahsulitkan laporan akhir Pasukan Petugas Khas Semakan Undang-undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Pengerusi Petronas Chemicals Group Datuk Abdul Rahim Hashim akan letak jawatan
Pengerusi Petronas Chemicals Group Bhd Datuk Ir Abdul Rahim Hashim akan meletakkan jawatannya berkuat kuasa 1 Jan, 2025.
Kekayaan Musk dianggarkan melebihi AS$400 bilion
Kekayaan Musk sebahagian besarnya terdiri daripada saham syarikat pengeluar kereta elektrik Tesla dan syarikat aeroangkasa SpaceX.
Yusoff Rawther akan kemuka representasi gugur pertuduhan
Muhammed Yusoff Rawther akan mengemukakan representasi untuk mengugurkan pertuduhan mengedar dadah dan memiliki dua pistol tiruan yang dihadapinya.
Banjir: Anggaran kerugian sektor agromakanan lebih RM177 juta - Mohamad
Berdasarkan laporan awal kerosakan mengikut negeri, Kedah mencatatkan angka kerugian tertinggi iaitu lebih RM97 juta, diikuti Kelantan (lebih RM33 juta) dan Terengganu (lebih RM13 juta).
Insiden jenazah bayi dibeku tidak patut berlaku, tiada pihak minta bantuan MAIS
Insiden jenazah bayi didakwa disimpan di dalam peti sejuk lebih dua minggu di sebuah hospital swasta di Klang disebabkan bapa tidak mampu melunaskan bil tidak sepatutnya berlaku.
[TERKINI] Pelajar Malaysia di Syria selamat dan kuliah bermula esok
Ini perkembangan di Syria, daripada Konsul Kehormat Malaysia di Damascus, Syria.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
Polis kesan wanita dakwa akan langsung perkahwinan bersama Tengku Hassanal
Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Penganggur didenda rakam video tiga wanita dalam tandas
Seorang penganggur didenda RM14,000 oleh Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengaib kehormatan tiga wanita, minggu lalu.
'Apalah ertinya khabar gembira atau Basyirah, jika masih ada...' - Siti Nurhaliza mohon hormat hak cipta lagu
Belum sampai 24 jam single terbaharu Siti Nurhaliza dimuat naik ke semua pelantar digital, ada pula berita yang kurang sedap di dengar daripada penyanyi nombor satu negara itu.
Ubati rindu peminat, Erra Fazira hadir dengan 'Menangkah Cinta'
Mungkin ada peminat yang merindui untuk mendengar suaranya menghiasi industri seni suara.
Hafiz Hamidun bercinta dengan janda Instafamous Indonesia?
Kalau jodoh tidak ke mana
'Joy Revva minta nasihat saya' - Da'i Syed jelas hubungan dengan bekas isteri Hafiz Hamidun
Pendakwah bebas Da'i Syed Shah Iqmal menjelaskan tiada hubungan cinta wujud antara dia dan bekas isteri penyanyi nasyid Hafiz Hamidun, Joy Revfa.
Throwback 4 jejaka top nasyid masa kini, mereka berkongsi seperkara yang mungkin anda tak perasan
Jika anda peminat industri nasyid tempatan, mungkin anda boleh meneka dengan mudahnya wajah-wajah penyanyi nasyid lelaki ini bukan?
Penceraian Nazim Othman dan Bella Dally undang simpati
Hafiz Hamidun, Fazura dan Mira Filzah antara selebriti tempatan yang meluahkan rasa simpati terhadap berita perpisahan Nazim Othman dan Bella Dally.
"Adakalanya saya terasa sunyi" - Hafiz Hamidun akui perit lalui kehidupan selepas bercerai
Hafiz Hamidun, 34, berkata bukan mudah untuk meneruskan kehidupan selepas bercerai dan dia bersyukur kerana mendapat sokongan keluarga.
"Bunuh diri tu haram, akal kat mana?" - Hafiz Hamidun sindir Fathia Latiff?
Fathia meninggalkan empat komen yang berbunyi "pergi bunuh diri", "bunuh diri Iqram", "tak ada scene bunuh diri ke?" dan "alang-alang" ketika aktor tersebut sedang mengadakan sesi live.
Anis Al-Idrus tak kisah jadi tempat luah perasaan Hafiz Hamidun
Anis memberitahu single keduanya berjudul "Tak Guna" itu mengisahkan mengenai luahan hati seseorang kepada kekasihnya dalam percintaan.
Netizen minta Hafiz Hamidun, Joy Revfa henti 'londeh kain' di laman sosial
Peminat dan pemerhati dunia hiburan persoal tindakan berterusan Hafiz Hamidun dan Joy Revfa memperkatakan hal 'dalam kain' secara terbuka.