[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Bebas dalam Kes SRC RM27 Juta – Ikuti Perkembangan di Sini
ENTERTAINMENT

Isteri kedua selamat bersalin, Ashraf Muslim timang anak keempat

Gempak 04/09/2018 | 21:42 MYT
Sebelum ini, Ashraf sudah memiliki tiga cahaya mata bersama kedua-dua isterinya. - Foto Instagram / Astro GEMPAK
ISTERI kedua aktor Ashraf Muslim, Wan Sakinah Ahmad Saburi selamat melahirkan anak perempuan seberat 3.07 kilogram pada pukul 5.35 petang, Isnin.
Pelakon drama bersiri Biar Aku Jadi Penunggu itu berkongsi khabar gembira ini menerusi salah sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.
Selain Wan Sakinah, Ashraf mempunyai seorang lagi isteri iaitu Noor Dayana Lokman
Hasil perkahwinan Ashraf, pelakon itu mempunyai tiga cahaya mata bersama kedua-dua isterinya iaitu Sarah Ashraf, 4, Anas Ashraf, 3 dan Adam Ashraf, 2.
#anak #Ashraf Muslim #bayi #bersalin #Instagram #isteri #isteri kedua #kelahiran #pelakon #Wan Sakinah Ahmad Saburi