Isteri saya tak boleh tidur malam, menangis dan trauma - Adam Corrie

Gempak
September 13, 2018 06:58 MYT
Adam menjelaskan isterinya, Fazema Mohd Fuad mengalami trauma selepas menonton video yang tular di media sosial semalam.
PELAKON Adam Corrie meluahkan rasa kesal apabila ada pihak yang sanggup melakukan kekejaman pada seekor kucing betina yang sedang bunting ke dalam mesin pengering layan diri.
Menerusi entri di Instagram (IG), Adam menjelaskan isterinya, Fazema Mohd Fuad mengalami trauma selepas menonton video yang tular di media sosial semalam.
"Saya dan bidadari saya pencinta kucing, semalam isteri saya tidak boleh tidur malam menangis serta trauma tertengok video kucing bunting kena seksa diletakkan didalam mesin pengering.
"Emosinya sangat terganggu. Kita atas dunia ini, bukan kita manusia sahaja yang tinggal dan hidup. Ada makhluk lain lagi yang hidup bersama-sama kita.
"Semoga kita semua tanamkan sifat kasih sayang sesama kita manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan mahupun yang bukan bernyawa seperti harta benda," tulisnya.
#Adam Corrie #bidadari #Fazema Mohd Fuad #mesin pengering #pelakon #selebriti