HIBURAN
Isu royalti Abdulkarim Al-Ali: MACP mohon penjelasan mahkamah berhubung bidang kuasa Tribunal Hak Cipta
MACP menolak dakwaan gagal menyalurkan royalti kepada Abdulkarim dan memohon penjelasan mahkamah mengenai bidang kuasa tribunal.- Foto MACP
KUALA LUMPUR: Music Authors’ Copyright Protection Bhd (MACP) sedang memohon penjelasan daripada mahkamah berhubung bidang kuasa Tribunal Hak Cipta untuk mendengar dan memutuskan pertikaian royalti yang dibawa oleh penyanyi dan penulis lagu kelahiran Syria, Abdulkarim Al Ali.
Ringkasan AI
Ia selepas tribunal itu mengarahkan MACP untuk mengira dan membayar royalti kepada Abdulkarim, penulis bersama lagu gabungan Melayu-Arab “Casablanca”, serta menyelaraskan pembayaran kepada rakan komposer beliau, Daqmie dan Wan Salleh, bulan lalu.
MACP dalam satu kenyataan pada Jumaat turut menegaskan bahawa keputusan terkini tribunal terbabit mengenai perkara itu adalah selaras juga dengan amalan dan prosedur MACP sedia ada.
Ia juga memaklumkan, perintah tribunal yang merangkumi keperluan menyediakan laporan royalti terperinci dan memastikan pengagihan royalti tepat pada masanya telah lama menjadi sebahagian daripada operasi organisasi itu.
“Dasar Pengagihan MACP memberi hak kepada semua ahli untuk pelarasan royalti sekiranya berlaku kesilapan tidak disengajakan dalam pengecaman karya atau pihak berkepentingan,” kata kenyataan itu.
MACP menjelaskan bahawa setiap ahli menerima laporan royalti terperinci bagi setiap pengagihan yang layak, termasuk pecahan pendapatan daripada pelbagai sumber seperti persembahan, konsert, penyiaran dan platform digital, maklumat pelesen, butiran karya muzik yang digunakan, tempoh pengagihan serta angka kewangan berkaitan.
Selain itu, MACP melaksanakan tujuh kitaran pengagihan setiap tahun bagi memastikan pembayaran royalti dibuat tepat pada masanya. Maklumat mengenai kadar tarif dan kitaran pengagihan standard boleh diakses di laman web rasmi MACP.
“Penyata kewangan MACP diaudit setiap tahun dan pengagihan juga diaudit secara berkala. Ahli yang mempunyai pertanyaan tulen boleh memohon audit jika wajar,” tambah kenyataan itu.
Dalam pada itu, MACP menolak dakwaan bahawa pihaknya gagal menyalurkan royalti atau menahan pembayaran tanpa alasan munasabah kepada Abdulkarim Al Ali, sambil menegaskan semua royalti hasil penggunaan karya beliau telah diproses dan/atau dibayar mengikut undang-undang serta amalan terbaik antarabangsa.
Justeru, MACP telah memohon penjelasan mahkamah mengenai bidang kuasa Tribunal Hak Cipta untuk mendengar, memutuskan dan mengeluarkan perintah dalam kes ini.
“Kami menghargai inisiatif tribunal menetapkan piawaian minimum bagi pentadbiran Organisasi Pengurusan Kolektif (CMO), namun ia perlu berada dalam skop kuasa mereka,” kata kenyataan itu lagi.
Sebagai ahli Konfederasi Antarabangsa Persatuan Pengarang dan Komposer (CISAC), MACP menegaskan sistem kutipan dan pengagihan mereka berpandukan peraturan profesional dan resolusi mengikat CISAC.
Ringkasan AI
- MACP menegaskan keputusan Tribunal Hak Cipta berhubung kes Abdulkarim Al Ali selaras dengan amalan sedia ada, termasuk keperluan laporan royalti terperinci dan pengagihan tepat pada masanya.
- MACP melaksanakan tujuh kitaran pengagihan royalti setahun, menyediakan laporan lengkap kepada ahli, dan membenarkan audit jika terdapat pertanyaan tulen.
- MACP menolak dakwaan gagal menyalurkan royalti kepada Abdulkarim dan memohon penjelasan mahkamah mengenai bidang kuasa tribunal, sambil menegaskan sistem mereka berpandukan piawaian antarabangsa CISAC.