SUSULAN tersebarnya video yang disifatkan tidak sopan di acara Starvendor Foodstival Melaka 2023 baru-baru ini, CEO Star Vendors Event Sdn Bhd iaitu Ifa Raziah tampil memberi penjelasan.
Menurut Ifa, insiden itu berlaku tanpa pengetahuan pihaknya namun sudah memberi penjelasan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) selaion memohon maaf secara terbuka kepada Kerajaan Negeri Melaka dan seluruh rakyat Malaysia.
“Kami telah dihubungi pihak Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) susulan aduan orang awam kepada pihak JAIM berkaitan tarian tidak sopan dan mencolok mata dalam konsert yang merupakan salah satu acara di StarVendors Foodstival Melaka 2023 yang berlangsung baru-baru ini.
“Kami telah menjelaskan kepada pihak JAIM bagaimana insiden ini telah terjadi. Insiden tersebut adalah tidak disengajakan dan ia berlaku tanpa pengetahuan pihak Starvendors.
“Segala gerak tari oleh pelaku di atas pentas adalah di luar kawalan kami. Untuk pengetahuan, mereka tiada kaitan mahupun mewakili syarikat kami.
“Oleh itu dengan rasa rendah diri, kami ingin memohon maaf secara terbuka kepada Kerajaan Negeri Melaka dan seluruh rakyat Malaysia khususnya, di atas kekhilafan yang berlaku,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Ifa turut berkata pihak mereka akan lebih berhati-hati dan mengambil perhatian sewajarnya terhadap aduan tersebut selain memastikan perkara itu tidak akan berulang lagi.
“Pihak kami akan mengambil perhatian sewajarnya atas aduan ini dan komited untuk memastikan perkara ini tidak berulang lagi di masa hadapan. Kami sangat berterima kasih diatas teguran yang berikan kepada kami.
“Ianya sebuah teguran yang sangat baik untuk kami ambil perhatian. Sesungguhnya kami amat menyesali apa yang telah berlaku dan kami memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan dengan isu ini,” ujarnya lagi. -- Gempak
Gempak
Tue May 30 2023
Ifa berkata, pihaknya akan lebih berhati-hati dan mengambil perhatian sewajarnya terhadap aduan tersebut selain memastikan perkara itu tidak akan berulang lagi. - Gempak
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Isu video gelek, Ifa Raziah mohon maaf kepada Kerajaan Negeri Melaka
Susulan tersebarnya video yang disifatkan tidak sopan di acara Starvendor Foodstival Melaka 2023 baru-baru ini, CEO Star Vendors Event Sdn Bhd iaitu Ifa Raziah tampil memberi penjelasan.
Aksi gelek: 'Penganjur Star Vendors perlu mohon maaf' - Akmal Saleh
Pemuda UMNO mendesak pihak penganjur Star Vendors membuat permohonan maaf susulan kontroversi aksi gelek mengghairahkan yang berlaku ketika penganjuran festival itu di Melaka, baru-baru ini.