HIBURAN
"It’s a girl!" - Ayda Jebat dan Nabil Mahir umum jantina anak ketiga
Perkara tersebut diumumkan menerusi majlis istimewa bertemakan The Ultimate Triple Drop yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur, hari ini. - Gempak
PENYANYI dan pelakon, Ayda Jebat mengumumkan bakal menimang cahaya mata ketiga apabila mendedahkan kandungannya kali ini adalah bayi perempuan.
Ringkasan AI
Perkara tersebut diumumkan menerusi majlis istimewa bertemakan The Ultimate Triple Drop yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur, hari ini.
Majlis berkenaan bukan sahaja menjadi platform pendedahan jantina bayi, malah turut meraikan sambutan hari kelahiran anak kedua pasangan itu, Aali Mateen, selain pelancaran muzik video lagu terbaharu Ayda berjudul Kentoot.
Menurut Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, dia dan suami pada awalnya menyangka bakal dikurniakan cahaya mata lelaki berdasarkan persiapan yang telah dibuat.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan yang terbaik untuk kami. Kami ingat lelaki, baby cot pun dah beli warna biru, tapi Nayla memang nak adik perempuan,” katanya.
Sementara itu, suaminya, pelakon Nabil Mahir berkata, jantina bayi bukan keutamaan buat mereka sebaliknya kesihatan ibu dan anak menjadi perkara paling penting.
“Lelaki atau perempuan tak kisah, janji sihat. Insya-Allah, due bulan depan,” ujarnya.
Terdahulu, Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil Mahir pada 1 Januari 2021.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ana Nayla dan Aali Mateen. -- Gempak
Ringkasan AI
- Ayda Jebat mengumumkan bahawa dia bakal melahirkan cahaya mata ketiga berupa bayi perempuan.
- Pengumuman ini dibuat semasa majlis istimewa bertemakan The Ultimate Triple Drop di Kuala Lumpur, di samping meraikan hari kelahiran anak kedua pasangan itu, Aali Mateen.
- Ayda dan suaminya, Nabil Mahir, menitikberatkan kesihatan ibu dan anak sebagai keutamaan, tanpa memilih jantina bayi yang akan dilahirkan.