PELAKON Angeline Tan menafikan khabar angin yang mengatakan dia sudah hamil setelah enam bulan bergelar isteri kepada pengarah, Sabri Yunus.
Angeline atau nama Islamnya, Ardini Angeline Tan, 57, ketika dihubungi berkata, dia tidak mengetahui bagaimana pihak yang menyebarkan berita palsu ini mendapat idea untuk menimbulkan spekulasi sebegini dan mengapa telah memilih dia dan Sabri sebagai sasaran.
"Itu fake news, saya taktahu siapa yang reka cerita ini.
"Saya rasa kelakar lah, saya pun taktahu macam mana dia boleh ada idea untuk buat cerita palsu ini dan kenapa orang ini pilih saya dan Sabri untuk buat fake news, kenapa mereka tidak pilih artis lain yang lebih muda.
"Bulan puasa pun baru sahaja habis dan kita baru sahaja insaf di bulan puasa. Kita jaga mulut, hati, kelakuan dan segalanya tapi selepas puasa lupa pulak matlamat kita ketika di bulan Ramadan lalu.
"Sia-sia sahaja satu bulan berpuasa sebab kita berpuasa untuk tebus dosa, muhasabah diri, bersihkan hati tapi habis saja puasa dan hari raya pun belum habis sudah buat fitnah sebegini.
"Dan orang pula boleh percaya dengan fake news seperti itu," ujarnya kepada Gempak.
Tak syak sesiapa
Bagaimanapun, Angeline tidak mengesyaki mana-mana pihak dan hanya menganggap individu tersebut sekadar ingin meraih perhatian orang ramai.
"Saya tak syak sesiapa dan malas nak fikir siapa, bagi saya tidak mengapa kalau dia bahagia buat perkara sebegini saya bagi dia peluang.
"Tapi ini adalah satu contoh yang sangat baik kepada di luar sana sebab kita sebenarnya tak boleh cepat percaya pada apa yang dipaparkan di media sosial, sebab ada orang boleh buat berita palsu tentang kita tanpa apa-apa sebab.
"Ada kawan saya cakap mungkin dia buat fake news supaya dia punya platform TikTok banyak engagement, ramai orang akan like dan komen saya tak tahulah mungkin dia nak perhatian," tambahnya lagi.
Nak timang cucu
Sementara itu, apabila disoal mengenai cahaya mata sendiri Angeline bagaimanapun berkongsi bahawa dia dan Sabri hanya memilih untuk menimang cucu.
"Tiada perancangan sebab kami pun sudah umur berapa, kami nak hidup tenang dan berteman sampai ke tua sahaja.
"Saya jaga anak yang dah ada sahaja lah. Saya hanya mintak dekat Allah bagi rezeki pada anak-anak kami yang dah kahwin untuk dapat anak-anak jadi kami boleh timang cucu," ujarnya lagi.
Terdahulu, tular sebuah berita yang di TikTok, baru-baru ini yang mendakwa Angeline Tan hamil sehingga ramai peminat yang 'termakan' dengan spekulasi tersebut.
Sabri Yunus bagaimanapun menerusi hantaran di Facebook akui berasa geli hati membaca berita yang tular itu.
Untuk rekod, Sabri dan Angeline bernikah pada 14 Oktober tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup di Kangar, Perlis.
Sabri sebelum ini kehilangan isteri, Norraya Mohd. Yusuf pada 2007 akibat kanser.
Menerusi perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, manakala, Angeline pula memiliki dua anak daripada perkahwinan terdahulu. - Gempak
Gempak
Fri Apr 19 2024
Angeline Tan menafikan khabar angin yang mengatakan dia sudah hamil setelah enam bulan bergelar isteri kepada pengarah, Sabri Yunus.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.