ENTERTAINMENT
Izara Aishah bertunang dengan Adib Datuk K
Kemeriahan suasana sewaktu majlis merisik dan pertnangan Izara Aishah dengan Adib Khalid. - Foto Instagram
KELUARGA pelakon Izara Aishah hari ini dilaporkan dirisik oleh pihak keluarga teman lelakinya, Adib Khalid, sekali gus mengukuhkan jalinan hubungan cinta mereka.
Adib ialah anak kepada Datuk Khalid Jiwa atau Datuk K, dan menjawat jaawatan Ketua Pegawai Eksekutif Tune Studios & Tune Music.
Menurut Astro Gempak, berita tersebut diketahui umum menerusi kemas kini terbaru akaun Instagram milik ibu Adib iaitu Datin Seri Tengku Zawyah Tengku Izham.
“Majlis merisik Izara Aishah… It was a beautiful ceremony and Alhamdulillah everything went smooth. Looking forward for the big day. Love you dearest Icha @ia_madame @izaraaishahofficial @adib_khalid,” tulis Zawyah.
Sementara itu, ibu tiri Adib, penyanyi Datuk Siti Nurhaliza turut berkongsi momen istimewa melalui akaun Instagramnya: