HIBURAN

Izara Aishah hamil cahaya mata ketiga

Gempak 02/02/2026 | 00:00 MYT
Izara merupakan ibu kepada dua cahaya mata perempuan iaitu Irisa Alaia, 6, dan Amara Amina, 2, hasil perkahwinan dengan Adib Khalid pada 17 November 2017.
PELAKON jelita, Izara Aishah disahkan sedang hamil anak ketiga.

Berita itu diumumkan oleh sebuah jenama tudung terkenal menerusi hantaran di Instagram pada Ahad.

Kolaborasi tersebut menjadi lebih bermakna buat jenama berkenaan apabila Izara yang tampil sebagai muse ketika ini sedang menantikan kelahiran cahaya mata baharu.

"Izara sedang menantikan cahaya mata ketiga! Tahniah. Kolaborasi tahun ini sangat istimewa sebab kita dapat muse yang sedang hamil," tulisnya.

Bagaimanapun, tiada perkongsian lanjut mengenai usia kandungan serta jantina bayi.

Sekadar rekod, Izara atau Izara Aishah Hisham, 34, mendirikan rumah tangga dengan Adib Khalid pada 17 November 2017.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Irisa Alaia, 6, dan Amara Amina, 2. - Gempak



#Izara Aishah #Izara Aishah hamil #menantu Siti Nurhaliza #Adib Khalid