Izara Aishah selamat lahirkan anak kedua

Astro Awani
Oktober 14, 2023 08:12 MYT
Izara Aishah memuat naik video Adib sedang memangku bayi yang baru dilahirkan sambil diperhatikan anak pertamanya, Irisa Alaia. - Instagram / Izara Aishah
KUALA LUMPUR: Pelakon jelita, Izara Aishah dan suami, Adib Khalid berkongsi berita gembira mengenai kelahiran bayi kedua mereka.
Berita gembira itu disahkan Adib menerusi ruangan komen dalam Instagram milik isterinya pada Jumaat.
“Alhamdulillah, menyambut seorang lagi anak perempuan dalam keluarga kami. Terima kasih semua untuk doa-doa kalian,” katanya.
Menerusi hantaran sama, menantu penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza itu memuat naik video Adib sedang memangku bayi perempuan yang baru dilahirkan sambil diperhatikan anak pertamanya, Irisa Alaia.
Bagaimanapun, Izara tidak memperincikan butiran kelahiran puteri keduanya itu termasuk tarikh bersalin.
Terdahulu, menantu kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu memaklumkan bakal melahirkan cahaya mata kedua pada awal Oktober.
Izara dan Adib mendirikan rumah tangga pada 17 November 2017 selepas tiga tahun menyulam cinta.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Irisa Alaia, 3.
#Izara Aishah #Adib Khalid #Siti Nurhaliza #melahirkan anak