Kumpulan lagenda, The Jackson bakal menggegarkan malam Gala PETRONAS Malaysia Grand Prix ke-17 yang akan berlangsung pada 26 Mac ini di The Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Malam gala itu merupakan acara permulaan Formula One anjuran Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang dijangka akan dihadiri oleh 600 jemputan.

The Jackson dijangka akan mengimbau kembali kenangan dengan lagu-lagu hit mereka seperti Be There, I Want You Back, Rock With You, ABC, Can You Feel It, Ben, Can’t Stop Till You Get Enough dan banyak lagi.

Malam gala ini diadakan bagi mengutip bantuan yang dianjurkan BIDARA iaitu sebuah pertubuhan NGO yang diwakili oleh isteri-isteri wakil rakyat Barisan Nasional Kedah bagi membantu mereka yang memerlukan termasuk mangsa-mangsa banjir.

Majlis akan dimulakan dengan acara karpet merah diikuti dengan makan malam di mana tetamu yang hadir dapat beramah mesra dengan pemandu F1 kegemaran mereka.

Bagi peminat The Jacksons boleh mendapatkan tiket pada harga bermula daripada RM2,500 (VIP1) & RM2,000 (VIP2).

Bagi yang hanya mahu menyertai konsert sahaja boleh mendapatkan tiket melalui TicketPro dan harga bermula RM290 dan RM690.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi LIVE AT WORK Sdn Bhd di nombor 03-62053091, 017-2509773 atau email: [email protected].