awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jaclyn Victor kini isteri kepada vokalis kumpulan Az Yet

Astro Awani
Astro Awani
13/08/2014
04:47 MYT
Jaclyn Victor kini isteri kepada vokalis kumpulan Az Yet
Jaclyn memilih untuk merahsiakan majlis perkahwinannya di atas permintaan ibunya. - Sumber Facebook
Penyanyi, Jaclyn Victor sudah berkahwin dengan penyanyi dari Puerto Rico, Shawn Rivera di dalam sebuah majlis tertutup di Philadelphia, Amerika Syarikat pada 19 Julai.
Rivera, 43 adalah merupakan salah seorang ahli kumpulan R&B terkenal, Az Yet selain penulis lagu dan juga komposer.
Jaclyn membuat pengumuman tersebut dalam satu sidang media memperkenalkan suaminya itu pada petang Selasa di Istana Budaya.
Jaclyn memberitahu, kali pertama mereka bertemu adalah di Malaysia pada bulan Januari dan mengakui itu merupakan 'cinta pandang pertamanya'.
“Kami bertemu di Malaysia iaitu pada bulan Januari tahun ini, ketika Shawn turun ke Malaysia untuk merakam lagu Magical Moments, runut bunyi bagi filem Ribbit” jelas Jac kepada rakan media.
Kemudian, percintaan jarak jauh mereka diteruskan semenjak pertemuan itu.
Anggota Az Yet Terdiri Daripada (dari Kiri) Shawn Rivera, Claude Thomas, Kenny Terry Dan Dion Allen. - Sumber Facebook
Jaclyn yang lebih mesra disapa Jac, 36 berkata majlis perkahwinan mereka hanya dihadiri oleh 35 ahli keluarga dan rakan rapat sahaja.
Jac turut berkata, dia memilih untuk merahsiakan majlis perkahwinannya di atas permintaan ibunya.
Juara Malaysian Idol 2004 itu baru sahaja lahir dengan album terbaru berjudul Unleashed yang akan berada di pasaran pada September ini.
Baru-baru ini, Jac ke Hollywood bagi memperkenalkan salah satu single dari album tersebut, Remedy.
Magical Moments, nyanyian Jaclyn Victor feat. Az Yet
Topic Berkaitan
#Jaclyn Victor
#kahwin
#Shawn Rivera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan