[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
ENTERTAINMENT

"Jadilah suami yang baik seperti Papamu..." - Nora Ariffin dapat menantu

Gempak 20/01/2019 | 09:55 MYT
NORA: -Hari ini saya dan arwah Johan dah dapat menantu. Mama berdoa Syakir Iman dan Sofea bahagian hingga ke Jannah." - Foto Instagram
PENYANYI Nora Ariffin bersyukur apabila anak sulungnya, Mohd Syakir Iman selamat bergelar suami pada Sabtu.
Nora memaklumkan berita gembira itu menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya.
“Alhamdulillah... Syukur pada Allah, hampir dua tahun menanti.
“Hari ini saya dan arwah Johan dah dapat menantu. Mama berdoa Syakir Iman dan Sofea bahagian hingga ke Jannah.
“Jadilah suami yang baik seperti papa mu... Sama-sama kita doakan yang terbaik. Welcome to our family my dear Sofea. love you,” tulisnya.

Alhamdulillahhh...syukur pada Allah. Hampir 2 tahun menanti. Hari ni saya & arwah Johan dah dpt menantu.

Majlis pernikahan pasangan itu berlangsung di Masjid Putra, Putrajaya.
Terdahulu, anak sulungnya itu telah mengikat tali pertunangan dengan Sofea pada 2017.
GALERI FOTO : Hilangnya sebutir permata seni - Johan Nawawi
#anak #Instagram #Johan Nawawi #Mohd Syakir Iman #Nora Ariffin #sambut menantu