"Saya tidak sangka filem Jagat mampu meraih kemenangan sebagai Filem Terbaik Malaysia dalam Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28) lalu kerana proses pembikinannya begitu rumit," kata pengarah filem itu Shanjhey Kumar Perumal.
Beliau yang turut merangkul Anugerah Pengarah Baharu Terbaik pada festival berprestij itu tidak menyangka filem sulungnya mampu bersaing dengan filem lain yang dianggap lebih berpotensi untuk menang.
"Antara cabaran untuk mengarah filem ini adalah kekangan bajet selain masalah pemilihan pelakon yang menyebabkan saya memilih pelakon bukan dalam kalangan artis berbangsa India," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Shanjhey yang mula berkecimpung dalam industri kreatif lebih 10 tahun lalu telah mendapat ilham untuk menghasilkan filem berkenaan berdasarkan kehidupan yang dilaluinya ketika kecil.
"Pada dasarnya Jagat satu kelegaan kepada saya sebenarnya, semasa saya menghasilkan Jagat dan saya terangkannya kepada orang ramai saya rasa begitu lega. Malah seorang daripada pembuat dasar, beliau menghubungi kami, nak lihat sendiri Jagat dan memahami komuniti India di Malaysia bagi membantunya menggubal dasar-dasar untuk mereka.
"Saya fikir, mungkin ini memang sudah ditakdirkan buat saya, untuk sya memberitahu dan dokumenkan kehidupan golongan ini demi kebaikan semua," katanya yang juga penulis skrip filem bahasa Tamil itu.
Shanjhey turut berharap filemnya dapat membuka peluang kepada penggiat seni minoriti lain supaya tampil dengan karya mereka tersendiri dalam industri filem tempatan.
"Saya harap Jagat akan membuka laluan kepada pembikin filem lain, terutamanya minoriti untuk menceritakan tentang kebudayaan mereka dan bahasa ibunda mereka, kerana adalah amat penting untuk kita berbuat demikian pada masa dan zaman ini," katanya.
Filem Jagat mengisahkan tentang realiti kehidupan masyarakat India Malaysia di awal 90-an melalui kaca mata seorang budak lelaki berumur 12 tahun, Appoy.
Mengangkat tema penebusan, filem itu dilihat mampu membawa penonton merasai kehidupan estet yang sinonim dengan masyarakat India pada masa itu yang penuh dengan onak duri.
Pada FFM28 yang diadakan pada 3 Sept tahun ini, filem terbitan Skyzen (M) Sdn Bhd itu berjaya mengalahkan sembilan judul filem yang dipertandingkan dalam kategori sama termasuk Ola Bola dan The Kid From The Big Apple.
Bernama
Wed Sep 14 2016
Filem Jagat mengisahkan tentang realiti kehidupan masyarakat India Malaysia di awal 90-an melalui kaca mata seorang budak lelaki berumur 12 tahun, Appoy.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Semua pihak berperanan penting putuskan rantaian COVID-19 - FMM
Semua pihak memainkan peranan penting bagi memutuskan rantaian COVID-19, kata Persekutan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).
Jagat buka mata rakyat Malaysia mengenai realiti kehidupan
Shanjhey Kumar Perumal tidak menyangka filem sulungnya mampu bersaing dengan filem lain yang dianggap lebih berpotensi untuk menang.
Industri filem negara perlu tinggalkan isu remeh untuk berjaya
Industri filem negara perlu fokus hasilkan karya yang baik daripada terus berbalah mengenai keputusan kementerian susulan isu bahasa.
FDAM umum tidak lagi bersama FFM
Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) umum tidak lagi bersama Festival Filem Malaysia Ke-28 (FFM28).
Tiada amalan pilih kasih dalam pencalonan FFM28 - Yusof Haslam
PFM sedia melepaskan tugas menganjurkan FFM yang akan datang susulan tuduhan yang dilemparkan pada penganjuran kali ini.
Bantu industri seni, bukan lempar kata-kata kosong - pensyarah pelawat UiTM
Dr Ahmad Ibrahim yang berpengalaman lebih 40 tahun dalam industri filem, dan turut dikenali sebagai Mat London, dilaporkan menyifatkan dua individu itu "menyibuk" dalam isu bahasa kebangsaan di FFM28.
Saya hormat identiti kebangsaan saya - Afdlin Shauki
Afdlin Shauki membalas kenyataan Datuk Yusof Haslam yang memintanya menghormati identiti kebangsaan berikutan isu pengasingan kategori FFM.
Pelbagai inisiatif bantu penggiat industri filem tempatan
Ini termasuk penubuhan Content Malaysia Pitching Centre pada 2015 yang bertujuan menyediakan bantuan dana.
7 filem Astro Shaw mampu beri saingan sengit pencalonan #FFM27
Filem terbitan Astro Shaw telah meraih sebanyak 50 daripada 140 pencalonan yang dipertandingankan daripada pelbagai kategori dalam Festival Filem Malaysia tahun ini.
Rezeki Yana semakin murah
Walaupun bergelar pelakon hampir satu dekad, Yana Samsudin pernah menyangkakan dirinya tidak popular.