Jalani pembedahan, gadis berhijab ini terpaksa tarik diri dari Dewi Remaja

Gempak
Disember 14, 2018 14:56 MYT
Aween menceritakan yang dia kini menghadapi masalah kesihatan dan terpaksa menjalani pembedahan serta perlukan masa untuk pulih seperti biasa.
PESERTA Dewi Remaja 2018/2019, Aween Ismail atau nama sebenarnya, Nik Nor Farzuwin Nik Ismail, 20, terpaksa menarik diri dari program terbabit.
Aween mendedahkan perkara terbabit menerusi sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.
"Assalamualaikum, first of all terima kasih pada @aznilnawawihm yang telah memberi dorongan dan nasihat yang berguna kepada saya. Terima kasih pada Abang FZ @majalahremaja telah memilih saya sebagai salah seorang Top 12 dalam Dewi Remaja, to all production, producer, crew dan semuanya. Oh tak lupa juga pada my best wardrobe ever @reanruddean dan @adamjaszni.
"Terima kasih yang tidak terhingga kerana menjaga saya sepanjang Dewi Remaja berlangsung. Keputusan untuk menarik diri bukan senang bagi saya kerana ia melibatkan tentang diri saya.
"Tapi apa boleh saya buat. Allah sudah tuliskan buku hidup saya seperti ini. Saya juga bersyukur kerana saya dapat meneruskan beberapa episod di dalam Dewi Remaja. And to all my supporters terima kasih dan saya memohon maaf atas penarikan diri saya di dalam program Dewi Remaja kerana saya harus mementingkan kesihatan saya dahulu.
"Terima kasih dan percayalah saya akan kembali... I'll comeback! #teamaween #dewiremaja1819 #dewiremaja," tulis Aween.
Menerusi kemas kini ruangan Instagram Stories miliknya, Aween menceritakan yang dia kini menghadapi masalah kesihatan dan terpaksa menjalani pembedahan serta perlukan masa untuk pulih seperti biasa.
Jangan lepaskan peluang menonton Dewi Remaja 2018/2019 setiap hari Ahad pukul 10.30 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
#Astro #Aween #Dewi Remaja #Malaysia #Nik Nor Farzuwin Nik Ismail #pertandingan #tarik diri