Jambangan bunga putih segar jadi saksi ikatan cinta Neelofa-PU Riz

Astro Awani
Mac 27, 2021 04:45 MYT
Turut hadir ahli keluarga Neelofa iaitu Datuk Halim Khan dan Datin Noor Kartini serta ahli keluarga Haris, Datuk Seri Ismail Nobat dan Datin Seri Normah Johari. - Sumber foto Wedlocx.co
KUALA LUMPUR: Bunga segar putih indah menghiasi dewan pernikahan dalam majlis pernikahan usahawan dan selebriti Neelofa dan pendakwah PU Riz.
Jambangan mawar putih, hydrangea dan orkid segar menjadi pilihan pasangan mempelai baharu ini yang selamat diijab kabul pada pukul 11.43 pagi di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada Sabtu.
Pasangan itu dinikahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dzulkifli Mohamad Al-Bakri.
Majlis yang mendapat sentuhan daripada perancang perkahwinan Reka Teemor turut menyaksikan hos Next to Neelofa itu menggayakan busana hasil sentuhan pereka terkenal, Alia Bastamam manakala wajahnya disolek Jijie Zainal.
Menu yang disediakan oleh dapur Grand Hyatt Kuala Lumpur juga turut mendapat perhatian tetamu dengan mendapat sentuhan pilihan makanan dari Kelantan, negeri kelahiran Neelofa.
BACA: Sama cantik, sama padan, Neelofa sah bergelar isteri PU Riz
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran majlis pernikahan kami. Kami berharap agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati oleh Allah SWT, insyaAllah,” ujar Neelofa dan Haris.
Majlis itu yang diadakan secara tertutup dihadiri oleh 200 tetamu yang terdiri dari ahli keluarga dan sahabat terdekat kedua-dua pasangan.

11.43 Pagi Alhamdulillah selesai sudah semuanya! Neelofa sah menjadi isteri kepada Haris Ismail dengan sekali lafaz #NeelofaKahwin #AWANIterkini pic.twitter.com/DQbRo9yK1U

— Astro AWANI (@501Awani) March 27, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Antara rakan artis yang hadir pada majlis terbabit ialah Scha Alyahya, Awal Ashaari, Izara Aishah dan suami, Salma Aina dan suami dan Kilafairy dan pereka fesyen tempatan, Datuk Rizalman Ibrahim.
Turut hadir ahli keluarga Neelofa iaitu Datuk Halim Khan dan Datin Noor Kartini serta ahli keluarga Haris; Datuk Seri Ismail Nobat dan Datin Seri Normah Johari.
#Neelofa #PU Riz #pernikahan #Grand Hyatt #Noor Kartini #Ismail Nobat #Normah Johari #Reka Teemor #Alia Bastamam