KUALA LUMPUR: Pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya PU Riz dengan sekali lafaz tepat jam 11.43 pagi di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada Sabtu.

PU Riz atau nama penuhnya Muhammad Haris Mohd Ismail, 26, selamat melafazkan akad dengan berwalikan adik kandung Neelofa, Mohd Aqief Mohd Noor.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 32 menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin daripada pihak lelaki.

Menurut hos Next To Neelofa itu, pasangan itu turut memilih yang wajib sahaja sebagai hantaran.

"Kami hanya memberi yang wajib,bagaimanapun untuk mas kahwin saya telah menerima sebentuk cincin daripada pihak lelaki," kata Neelofa dalam satu kenyataan pada Sabtu. 

Majlis disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Zulkifli Mohammad Al-Bakri selaku jurunikah.


Foto Neelofa Management

Majlis pernikahan ini diadakan secara tertutup di Hotel Grand Hyatt, di ibu negara dan dihadiri ahli keluarga terdekat serta beberapa rakan selebriti yang lain.

BACA: Noor Neelofa bakal diijab kabul pagi inI

Hiburan | Neelofa dah bergelar isteri kepada PU Riz

Neelofa memilih busana rekaan Alia Bastamam untuk majlis akad nikahnya itu. Haris serta tetamu turut mengenakan pakaian rona putih sempena majlis pernikahan yang berlangsung dalam sebuah dewan yang indah dihiasi bunga segar putih. 

Sebelum ini, Neelofa dan Haris telah selamat mengikat tali pertunangan pada 1 November 2020.