James Gunn beri jaminan tayangan sekuel The Suicide Squad, Guardians of the Galaxy 3 tidak akan ditangguh

Afiq Ariffin
April 13, 2020 03:28 MYT
Jelas Gunn, penggambaran filem itu juga sempat diselesaikan sebelum penularan koronavirus lagi.
TAYANGAN filem The Suicide Squad 2 tidak akan ditangguhkan meskipun dunia berdepan penularan wabak COVID-19.
Itu janji pengarahnya, James Gunn, yang berkata filem adaptasi komik DC itu masih tidak merancang untuk menunda tayangan filem berkenaan ke tarikh yang lain.
Perkara itu dinyatakan Gunn menerusi satu muat naik di laman sosial, Twitter.
Ia susulan luahan kekecewaan para peminat filem Marvel beberapa minggu lalu selepas mendapat khabar bahawa kebanyakan filem terbitan syarikat perfileman itu seperti Black Widow dan The Eternals, telah ditangguhkan kerana krisis pandemik COVID-19.
Bagaimanapun, Gunn memberikan harapan bahawa filem sekuel arahannya itu tidak akan ditangguhkan.
“Pada masa ini, tiada sebab untuk kami menangguhkan The Suicide Squad. Ia masih dijadualkan pada tarikh yang sama.
“Kami sangat bernasib baik kerana sempat menghabiskan pengambaran terlebih dahulu dan sedang membuat kerja-kerja pasca-produksi (penyuntingan) dari rumah.
“Kami masih akan tayangkan The Suicide Squad pada 6 Ogos 2021,” jelaskan menerusi muat naik di laman Twitter.

Right now theres no reason for #TheSuicideSquad release date to move. We are on or ahead of schedule. We were extremely fortunate to wrap shooting & set up editing from our homes (due to a post production team & studio with foresight) before quarantine. https://t.co/URRFXX58r3

— James Gunn (@JamesGunn) April 12, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: James Gunn dedahkan barisan pelakon sekuel Suicide Squad
BACA: John Cena terima 'lamaran' bintangi sekuel Suicide Squad?
Malah, menerusi ciapan Twitter itu juga, Gunn turut berkongsikan pertanyaan sama mengenai filem Guardians of the Galaxy Volume 3.
Jelas Gunn, penggambaran filem itu juga sempat diselesaikan sebelum penularan koronavirus lagi.

Right now the plans with Vol 3 are also exactly the same as they were before coronavirus. https://t.co/cVHe31gtPQ

— James Gunn (@JamesGunn) April 12, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Lady Gaga akan sertai Marvel, bakal jadi kekasih Rocket Raccoon?
Oleh itu, Gunn berkata tiada sebab untuk pihaknya menundakan tarikh tayangan kedua-dua itu filem berkenaan dan ia masih kekal pada tarikh yang ditetapkan.
Menjawab persoalan peminat sekiranya pawagam masih tidak dibenarkan beroperasi ketika tarikh tayangan kedua-dua filem itu, jelas Gunn, beliau akan memilih untuk melancarkannya secara dalam talian.
Terdahulu, filem terbitan Marvel yang dibintangi Scarlett Johansson, terpaksa ditunda susulan penularan COVID-19 biarpun kerja-kerja produksi telah hampir ke fasa empat.
Ia sepatutnya ditayangkan pada 1 Mei tahun ini, namun, terpaksa dianjakkan kerana mampu menjejaskan garis masa keseluruhan filem Marvel yang lain.
Terbaharu, filem The Eternals, yang dibintangi Angelina Jolie dan Richard Madden, dijangka akan ditayangkan pada 12 Februari 2021, manakala filem Shang Chi dan The Legend of the Ten Rings ditetapkan pada 7 Mei 2021.
#coronavirus #COVID-19 #filem #koronavirus #laman sosial #pelancaran #tayangan #The Suicide Squad #Twitter