HIBURAN

Jangan guna istilah 'retis' - Beto Kusyairy

Madiha Abdullah 14/10/2015 | 11:12 MYT
Kata Beto, istilah tersebut boleh disifatkan sebagai satu bentuk penghinaan dan kutukan.
Pelakon berkaliber, Beto Kusyairy meminta agar masyarakat tidak sewenang-wenangnya menggunakan istilah 'retis' sebagai singkatan untuk gelaran 'artis'.

Ini kerana kata Beto, istilah tersebut boleh disifatkan sebagai satu bentuk penghinaan dan kutukan.

Perkara itu dijelaskan Beto menerusi status yang dimuat naik ke akaun Twitter.


An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tambah Beto, khalayak sepatutnya mengambil tahu tentang satu-satu istilah atau perkataan yang digunakan dan tidak hanya mengikut apa yang diperkatakan tanpa mengetahui asal-usulnya.

Pendapat Beto itu dipersetujui oleh rakan artis, pelakon Izara Aishah yang menganggap istilah retis itu kekampungan dan tidak sesuai digunakan.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Istilah 'retis' sering digunakan masyarakat dan dianggap ramai sebagai istilah bahasa pasar untuk gelaran artis.
#Beto Kusyairy #hiburan #Izara Aishah #pelakon