"Jangan risau, saya okay" - Penyanyi cantik Didi Astillah kemalangan, bengkak muka

Gempak
Januari 30, 2018 14:12 MYT
Didi mendedahkan foto wajah terbarunya itu di akaun Instagram (IG)nya semalam.
PENYANYI Didi Astillah meminta agar peminat tidak terlalu risaukan kondisi dirinya yang terlibat dengan kemalangan pada Isnin.
Didi atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah memberitahu dia berada dalam keadaan sihat dan hanya mengalami bengkak di bahagian mukanya.
Didi mendedahkan foto wajah terbarunya itu di akaun Instagram (IG)nya semalam.
“Bukan selalu post selfie kan, accident semalam tapi jangan risau DD okay je. Syukur Alhmdulillah, be safe out there guys!” tulisnya.
#Didi #Didi Astillah #Instagram #kemalangan #penyanyi #selfie