HIBURAN
Jangan sombong, karnival dan artis sama-sama memerlukan
Artis yang dijemput menjayakan persembahan biasanya daripada kalangan yang mampu menjelmakan 'crowd'.
TIDAK dapat dinafikan persembahan artis memang diperlukan bagi memeriahkan suasana dan menarik lebih ramai pengunjung ke tapak ekspo dan juga karnival.
Namun perkara itu berlangsung dalam situasi menang-menang antara kedua-dua pihak yang saling memerlukan antara satu sama lain.
Menurut salah seorang penganjur karnival yang paling aktif menganjurkanya di seluruh negara, Wan Mohd Hafidz Wan Azmi daripada Specta Group Ventures, artis yang dijemput menjayakan persembahan biasanya daripada kalangan yang mampu menjelmakan 'crowd'.
"Ia juga sebenarnya turut menjadi sumber pendapan tambahan kepada artis itu sendiri. Ada yang mungkin beranggapan kononya ia mungkin akan menjatuhkan standard artis itu sendiri tetapi sebenarnya ramai artis bersyukur kerana ia kini menjadi sumber rezeki tambahan buat mereka.
"Malah pembayaran mereka bukanlah sedikit tetapi bagi penganjur, jika artis itu mampu menarik minat pengunjung ia memang berbaloi dan situasi itu 'menang-menang'," katanya yang menganjurkan karnival Rasa Fusion Food Festival di MITC Melaka.
Malah menurutnya penganjuran karnival di seluruh negara kini tidak seperti era dahulu kerana ia kini melalui proses penambahbaikan yang ketara termasuklah penyediaan kelengkapan bagi menjayakan persembahan artis di tapak mereka.
Malah Hafidz menafikan dakwaan bahawa kononya penganjur karnival tidak menyediakan peralatan sistem bunyi mengikut standard yang tinggi atau lebih memilih barangan yang tidak berkualiti.
"Marilah datang tengok sendiri 'sound system' yang kami sediakan... jenama dan kualiti yang kami beri ketika ini dah sama taraf untuk mengadakan konsert dah malah pentas yang kami berikan juga memberikan keselesaan pada artis untuk melakukan persembahan.
"Kalau ikutkan ada konsert yang dianjurkan (berbayar) lagi rendah kualitinya daripada apa yang kami sediakan dan ia bukan murah," katanya lagi.
Antara yang sering dijemput oleh Specta Group Ventures dalam penganjuran karnival mereka termasuklah XPDC Kita Pengyu.
Ia berdasarkan reputasi mereka yang sentiasa memberikan kerjasama yang baik selain peminat mereka yang ramai.
"Kita dan XPDC ni dah sekian lama menjalinkan kerjasama malah kehadiran persembahan mereka tidak pernah mengecewakan.
"Setiap kali bila mereka buat persembahan jumlah kehadiran pengunjung ke tapak karnival kami boleh dikatakan 'pecah panggung' dan sebab itulah jemputan kepada mereka sangat penting dan diperlukan," katanya lagi.
Dalam masa yang sama, jelas Hafidz, XPDC Kita Pengyu juga memiliki sikap profesional dan selaku penganjur, mereka akan menyediakan peralatan dan sistem bunyi seperti mengikut permintaan.
Bahkan menurutnya, respons daripada pengunjung juga dititikberatkan setiap kali memberikan maklum balas berkaitan artis yang dijemput.
Sementara itu menurut Pengurus XPDC Kita Pengyu, Yazid Selamat, penganjuran karnival banyak membantu pihak artis terutamanya membabitkan mereka dari era rock kapak kerana ia kini menjadi sumber pendapatan.
Malah ia adalah medan terbaik untuk membalas jasa peminat mereka yang lebih mudah didekati sebagai lambang terima kasih atas sokongan yang diberikan sekian lama.
"Karnival ni ibarat penyambung rezeki buat semua artis yang terlibat dan mutu penganjuran yang mereka tawarkan kini tidak seperti dahulu.
"Malah ramai artis yang sebenarnya dari era 90-an yang mendapat manfaat daripada penganjuran yang diadakan," katanya kepada Astro AWANI pada Sabtu malam.
Mereka mengulas kritikan yang dilemparkan oleh sesetengah pihak yang mendakwa artis yang mengadakan persembahan di tapak-tapak ekspo dan karnival tidak mempunyai kualiti, selain merendahkan standard sebagai artis.
Sedangkan penganjurannya ketika ini dilihat sangat membantu dengan masing-masing mampu memberikan manfaat dan pulangan yang setimpal.
Justeru keperluan antara penganjur karnival dan artis dilihat sangat relevan ditambah lagi dengan penambahbaikan yang dilakukan dalam setiap penganjuran menepati kehendak semasa.