[TERKINI] Perang Israel-Iran Bakal Tamat? | Trump Umum Gencatan Senjata Penuh. Klik di sini untuk laporan penuh dan reaksi global.
ENTERTAINMENT

Janna Nick makin pulih selepas alami masalah radang usus

Sinar Harian 14/08/2023 | 00:15 MYT
Perkongsian Janna Nick menerusi akaun Instagram miliknya pada Ahad. - Foto Sinar Harian
PELAKON dan pengarah, Janna Nick semakin pulih daripada masalah sigmoid colitis atau radang usus.
Menerusi perkongsian yang dibuat Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 28, menerusi akaun Instagramnya, dia sudah dibenarkan keluar dari hospital.
Discharged (keluar hospital), but still recovering (dalam proses penyembuhan),” tulisnya.
Difahamkan, Janna mengalami sakit perut pada Khamis lalu sehingga menyukarkannya berjalan dan dikejarkan ke hospital.
Hasil pemeriksaan doktor, pengarah telefilem Deren itu dikesan mengalami sigmoid colitis dan semakin pulih selepas empat hari mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan swasta. - Sinar Harian
#Instagram #Janna Nick #radang usus #Hospital