HIBURAN

Jenazah ibu selamat dikebumikan, ayat Anuar Zain undang sebak

Gempak 25/12/2025 | 04:30 MYT
Jenazah ibu kesayangan kepada penyanyi terkenal Ziana dan Anuar Zain, Allahyarham Robiah Abdul, 74, selamat dikebumikan kira-kira jam 11 pagi tadi. - Gempak
KATA-KATA penyanyi, Anuar Zain buat arwah ibunya, Allahyarham Robiah Abdul, 74, sebelum dikebumikan mengundang sebak tetamu yang hadir memberikan penghormatan.


Ringkasan AI
  • Anuar Zain ucapkan kata-kata terakhir kepada arwah ibunya, Allahyarham Robiah Abdul, sebelum dikebumikan, mencetuskan sebak di kalangan tetamu yang hadir.
  • Jenazah Allahyarham Robiah Abdul, ibu kepada penyanyi terkenal Ziana dan Anuar Zain, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Elmina, Selangor pada jam 11 pagi.
  • Robiah Abdul, yang meninggal dunia akibat kanser hati, ditinggalkan oleh 13 cucu dan berpisah dengan suaminya yang meninggal dunia kira-kira 100 hari sebelumnya akibat kanser prostat.


Suasana bertukar pilu apabila Anuar juga dilihat mengucup dahi ibunya buat kali terakhir sambil menahan sebak.

“Selamat jalan mak, semoga berbahagia di sana,” ujarnya.

Jenazah ibu kesayangan kepada penyanyi terkenal Ziana dan Anuar Zain, Allahyarham Robiah Abdul, 74, selamat dikebumikan kira-kira jam 11 pagi tadi.

Robiah yang meninggal dunia ajam 10.44 malam tadi akibat kanser hati dikebumikan di Tanah Perkuburan Elmina, Selangor.

Kira-kira 150 tetamu hadir bagi memberikan penghormatan terakhir buat jenazah.

Ibu kepada lima cahaya mata itu pergi selepas kira-kira 100 hari pemergian suaminya Allahyarham Zain @ Zin Abdullah, 87, yang meninggal dunia akibat kanser prostat pada 26 Ogos lalu.

Selain itu, Robiah juga meninggalkan 13 cucu. -- Gempak






#ibu meninggal dunia #Anuar Zain #Ziana Zain #selamat dikebumikan #terkini