awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah Tan Sri SM Salim selamat dikebumikan

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
30/12/2016
07:22 MYT
Jenazah Tan Sri SM Salim selamat dikebumikan
Suasana sedih menyelubungi majlis pengkebumian jenazah yang dihadiri ahli keluarga, sahabat dan rakan-rakan artis tanah air. - Gambar Astro AWANI/Shahir Omar
Jenazah Seniman Tan Sri SM Salim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Ampang di ibu negara.
Jenazah sebelum itu dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Jamek Kampung Baru selepas solat Jumaat.
Solat jenazah diimamkan Imam Kedua Masjid Jamek Kampung Baru, Azizi Ab Hamid.
Jenazah Tan Sri SM Salim dibawa ke masjid Kampung Baru untuk disembahyangkan
Jenazah Tan Sri SM Salim dibawa ke masjid Kampung Baru untuk disembahyangkan
Suasana sedih menyelubungi majlis pengkebumian jenazah yang dihadiri ahli keluarga, sahabat dan rakan-rakan artis tanah air.
Jenazah dikebumikan kira-kira jam 2.45 petang.
Antara yang hadir di masjid Kampung Baru
Antara yang hadir di masjid Kampung Baru
Antara rakan artis yang hadir ialah M.Nasir, Datuk Soni Abdullah, Rahim Jailani, Jeffry Din, M.Daud Kilau dan Uji Rashid.
Allahyarham Tan Sri SM Salim,88 meninggal dunia di rumah anaknya di Ukay Perdana , Hulu Klang, kira-kira jam 5.40 petang Khamis.
SM Salim atau nama sebenar, Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros, memulakan kariernya sebagai penyanyi pada 1950an dan merupakan pendukung lagu-lagu Melayu klasik.
Seniman veteran itu lumpuh akibat sakit saraf dan pergerakannya bergantung pada kerusi roda sejak 17 tahun lepas.
Allahyarham meninggalkan isteri, Nur Aishah Abdul Ghani, tujuh anak, 14 cucu dan 10 cicit.
Topic Berkaitan
#kebumi
#Lagenda
#SM Salim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan