HIBURAN
Jep dan Rahim buat kejutan manis, hantar bepang terus ke Tangkak untuk Cikgu Ina
Jep dan Rahim turut meluangkan masa untuk beramah mesra dan bergambar bersama warga SK Bukit Gambar Tophill. - Gambar/ SINAR
DUA penyampai radio SINAR, Jep dan Rahim, sekali lagi membuktikan bahawa mereka bukan sahaja hebat di konti, tetapi juga dekat di hati pendengar apabila sanggup memandu jauh ke Tangkak semata-mata untuk menghantar bepang kepada seorang guru dikenali sebagai Cikgu Ina.
Ringkasan AI
Kisah manis ini bermula ketika segmen Pagi Di Sinar, apabila Cikgu Ina dari Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Gambar Tophill, Tangkak membuat panggilan ke konti dan menyatakan keinginannya untuk menikmati bepang, sejenis makanan tradisional yang diperbuat daripada kacang dan mempunyai rasa manis yang cukup nostalgik.
Keinginan itu tercetus selepas Rahim menyebut tentang makanan tersebut dalam perbualan mereka secara spontan.
Tanpa disangka, keinginan kecil itu mendapat perhatian besar daripada Jep dan Rahim. Dengan penuh semangat dan rasa prihatin, mereka mengambil keputusan untuk membuat kejutan istimewa memandu sendiri ke Tangkak dan menyerahkan bepang itu secara bersemuka kepada Cikgu Ina.
Ketibaan Jep dan Rahim di sekolah tersebut nyata mengejutkan Cikgu Ina yang langsung tidak menyangka dua figura terkenal itu akan muncul di hadapannya.
Beliau menyifatkan Jep dan Rahim sebagai “sangat bermurah hati dan bersahaja,” serta amat menghargai usaha mereka yang sanggup datang dari jauh demi memenuhi permintaan kecil seorang pendengar.
Lebih istimewa, Jep dan Rahim turut meluangkan masa untuk beramah mesra dan bergambar bersama murid-murid SK Bukit Gambar Tophill. Kehadiran mereka bukan sahaja menceriakan hari Cikgu Ina, malah menjadi kenangan manis buat seluruh warga sekolah.
“Saya betul-betul terharu. Tak sangka langsung dua nama besar dari SINAR sanggup datang semata-mata nak hantar bepang. Ini memang pengalaman paling manis dalam hidup saya,” ujar Cikgu Ina dengan penuh rasa syukur.
Aksi spontan dan penuh kejutan ini mendapat pujian ramai, membuktikan bahawa Jep dan Rahim bukan sahaja penyampai radio yang berbakat, tetapi juga insan yang berhati besar dan sentiasa menghargai pendengar mereka.
SINAR sekali lagi berjaya mencipta momen indah yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga menyentuh hati, menjadikan radio bukan sekadar medium hiburan, tetapi juga jambatan kasih antara penyampai dan pendengar.
Ringkasan AI
- Jep dan Rahim memandu jauh ke Tangkak untuk menghantar bepang kepada Cikgu Ina dari SK Bukit Gambar Tophill selepas beliau menyatakan keinginannya dalam segmen Pagi Di Sinar, menunjukkan keprihatinan mereka terhadap pendengar.
- Kehadiran mereka mengejutkan Cikgu Ina dan menceriakan warga sekolah, termasuk murid-murid yang berpeluang beramah mesra dan bergambar bersama dua penyampai popular itu.
- Aksi spontan ini mendapat pujian ramai, membuktikan bahawa Jep dan Rahim bukan sahaja berbakat sebagai penyampai radio, tetapi juga menghargai hubungan dengan pendengar secara ikhlas dan bersahaja.