Jep Sepahtu masuk hospital

Gempak
Mac 18, 2019 04:00 MYT
Jep Sepahtu sedang menerima rawatan di sebuah hospital. - Gambar Instagram Sinar_My FM
PENYAMPAI radio, pelakon dan pelawak Jep Sepahtu telah dimasukkan ke hospital selepas mengalami masalah kesihatan.
Menerusi entri di Instagram Sinar_My, Jep yang juga suami kepada pelakon Sari Yanti itu sedang menerima rawatan susulan akibat masalah kesihatan yang dialaminya itu.
"Jep Sepahtu tak berapa sihat ni. Sama-sama kita doakan agar Jep sembuh segera dari sakit yang dialaminya," kata Sinar dalam catatan di instagram.
#Jep Sepahtu #pelawak #penyampai radio #radio #Sinar FM