Jessica Alba kesal produk keluaran syarikatnya tidak berkesan

Madiha Abdullah
Ogos 4, 2015 13:12 MYT
Alba kesal dengan pengalaman buruk yang dialami sesetengah pengguna produknya dan akan memastikan ia tidak akan berulang.
Pelakon Hollywood terkenal, Jessica Alba akan berusaha untuk memastikan syarikatnya, Honest Company, melakukan apa yang sepatutnya untuk memastikan setiap produk yang dikeluarkan berkualiti dan mampu memberi kesan seperti yang dijanjikan.
Dalam status yang dimuat naik ke Instagram, Alba berkata beliau kesal dengan pengalaman buruk yang dialami sesetengah pengguna dan akan memastikan ia tidak akan berulang.
Sebelum ini, pengguna mendakwa krim SPF 30 yang dikeluarkan di bawah label Honest, tidak berkesan seperti yang didakwa.
Mereka menggunakan medium laman sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati, termasuk laman web Amazon, di mana produk berkenaan menerima rating 2.9 bintang.
Ramai juga yang berkongsi gambar dengan kesan terbakar yang ketara selepas menggunakan krim tersebut.

@Honest this is my very real result from Honest 30 SPF sunscreen. Only spent 1 hour outside. Burnt. #nothappy #red pic.twitter.com/T42TNeg5mj

— Brandon Atherton (@bdatherton) June 1, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Don't buy @Honest sunscreen unless u want to look like this. Second time I've tried this stuff and got fried pic.twitter.com/pEhO5GYIkQ

— Lindsy (@LindsyMarshall) July 26, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@Honest SPF 30 sunscreen let me down 2X noweven w/ white sheen covering my body, just didn't work. #bummed pic.twitter.com/1MD57xkIMB

— TraceyinDC (@TraceyTweetsDC) July 30, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Honest Company dalam jawapannya terhadap kritikan tersebut memberitahu, krim berkenaan telah menjalani ujikaji teliti sebelum dipasarkan dan ia perlu diaplikasikan mengikut aturan yang betul.
Honest Company diasaskan Alba pada tahun 2011. Syarikat tersebut yang dianggarkan bernilai AS$1 billion (RM3.8 billion) tahun lalu, memfokuskan pada pengeluaran produk kosmetik dan barangan isi rumah tanpa toksik.
#Honest Company #Jessica Alba #krim