ENTERTAINMENT
Jimin BTS tutup tirai 2018 dengan Promise

-Terima kasih kerana menunggu, ARMY-, tulis Jimin di akhir tweetnya yang berharap lagu berentak balada ini dapat mengakhiri penantian peminatnya.
Jimin dari kumpulan sensasi K-Pop, BTS menutup tirai tahun 2018 dengan melancarkan lagu solo terbaharunya, Promise.
Single itu dikongsikan melalui Soundcloud melalui blog BTS sebelum dipautkan di akaun twitter rasmi TBS.
Jimin melalui tweetnya berkata ini merupakan kali pertama dia berkongsikan lagu yang digubahnya sendiri secara umum.
“Terima kasih kerana menunggu, ARMY," tulis Jimin di akhir tweetnya yang berharap lagu berentak balada ini dapat mengakhiri penantian peminatnya.
Memetik fakta di blog BTS, Promise ditulis bersama oleh Jimin dan Slow Rabbit yang turut melakukan susunan muzik lagu itu. Untuk liriknya pula, Jimin bergandingan bersama RM.
Jimin turut mengucapkan terima kasih kepada V, rakannya daripada BTS yang mengambil gambar untuk cover single ini. Jimin menggelarkan V sebagai jurufoto terbaik.

Jimin menggelarkan rakannya daripada BTS, V sebagai jurufoto terbaik!
Seperti diduga, beberapa jam selepas dikongsikan, Promise menjadi perbualan hangat media sosial di seluruh dunia.
Tahun 2018 adalah tahun yang cemerlang buat Jimin dan rakan-rakannya dari BTS.
Bagi peminat mereka di Malaysia, sudah pasti tidak sabar menunggu pengesahan sama ada BTS akan mengadakan konsert di sini pada tahun 2019.
Pada Sabtu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq mengesahkan pihaknya dalam perbincangan akhir untuk membawa kumpulan ini ke Kuala Lumpur.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami