HIBURAN

Jimin dan Jungkook BTS kembali untuk musim kedua Disney+ Travel Show

Bernama 05/11/2025 | 05:00 MYT
Jimin dan Jungkook menjelajah Switzerland dan Vietnam dalam siri realiti "Are You Sure?! musim baharu. - Gambar fail/ Reuters
SEOUL: Platform penstriman Disney+ akan menayangkan musim kedua siri realiti kembara "Are You Sure?!" yang menampilkan ahli kumpulan BTS, Jimin dan Jungkook bulan depan, lapor Agensi Berita Yonhap.


Ringkasan AI
  • Disney akan menyiarkan musim kedua siri realiti "Are You Sure?!" yang menampilkan Jimin dan Jungkook dari BTS menjelajah Switzerland dan Vietnam dengan hanya membawa sebuah beg kecil, menikmati keindahan alam dan makanan tempatan.
  • Program tersebut akan ditayangkan mulai 3 Disember ini dengan dua episod pertama, diikuti oleh lapan episod seterusnya yang akan disiarkan dua episod setiap Rabu.
  • Penggemar akan dapat menyaksikan pengembaraan spontan kedua ahli BTS ini dalam musim terbaru siri realiti tersebut melalui platform penstriman Disney.


Program itu menampilkan dua bintang K-pop berkenaan yang memulakan satu lagi pengembaraan spontan bersama dengan hanya membawa sebuah beg kecil setiap seorang.

Kali ini, mereka akan menghabiskan masa selama 12 hari menjelajah Switzerland dan Vietnam, menikmati keindahan alam semula jadi, hidangan tempatan serta pelbagai aktiviti santai.

Musim kedua "Are You Sure?!" akan ditayangkan pada 3 Dis ini dengan dua episod pertama, manakala baki lapan episod akan disiarkan dua episod baharu setiap Rabu.

-- BERNAMA


#Disney #Astro #BTS #Jimin #Jungkook