ENTERTAINMENT
Jimmy Choo hadiahkan blazer songket kepada artis Korea
Jimmy (kiri) memakaikan blazer berwarna ungu kepada Henry ketika penyanyi itu berada di Kuala Lumpur baru-baru ini. - Foto Sinar Harian
PENYANYI popular Korea, Henry Lau baru-baru ini menerima blazer songket istimewa daripada pereka fesyen terkenal kelahiran Malaysia, Datuk Jimmy Choo.
Menerusi perkongsian di aplikasi X, Henry yang berkunjung ke Kuala Lumpur pada hujung minggu lalu sempat melawat Jimmy dan merakamkan video bersama ikon fesyen antarabangsa itu.
Selain itu Jimmy dilihat memakaikan Henry sehelai blazer berwarna ungu yang diperbuat daripada kain songket tradisional.
Penyanyi kelahiran Kanada yang juga bekas ahli kumpulan Kpop popular, Super Junior-M itu berada di Kuala Lumpur bagi menjayakan persembahan sempena Festival Muzik 9Wave pada 11 November lalu bersama beberapa artis Korea lain antaranya Hyoyeon Girls Generation dan (G)I-DLE.
Beliau turut dilihat meluangkan masa melawat beberapa tempat popular sekitar ibu negara selain menikmati hidangan tempatan. - Sinar Harian