SEOUL: Anggota kumpulan K-pop BTS, Jin dilaporkan bakal menyertai latihan ketenteraan pada 13 Disember ini.
Berita ini disahkan oleh syarikat pengurusan kumpulan, Hybe sehari selepas Jin mengumumkan projek solo semasa konsert di Busan.
Menurut laporan Reuters, Jin yang bakal menginjak usia 30 tahun pada 4 Disember ini akan menjalani latihan mandatori itu di Yeoncheon, wilayah Gyeonggi selama lima minggu sebelum dihantar ke unit barisan hadapan tentera.
Namun begitu, jurucakap agensi BTS, Hybe dan Kementerian Pertahanan Korea Selatan enggan memberikan sebarang maklum balas berhubung perkara itu.
Oktober lalu, kumpulan K-pop terkenal itu mengumumkan akan menyertai perkhidmatan ketenteraan bermula dengan Jin.
HYBE sebelum ini memaklumkan, kesemua ahli kumpulan itu merancang untuk meneruskan projek individu dan bergabung semula pada 2025 selepas mereka selesai menyertai latihan tersebut.
Korea Selatan mewajibkan kesemua lelaki yang sihat tubuh badan berusia 18 hingga 28 tahun berkhidmat dalam tentera selama 18 hingga 21 bulan.
Bagaimanapun, pengecualian diberikan atau tempoh perkhidmatan dipendekkan bagi beberapa kategori, termasuk pemenang pingat Sukan Olimpik dan Asia serta penari dan pemuzik yang memenangi kategori utama dalam pertandingan tertentu.
Terdahulu, beberapa penggubal undang-undang juga menggesa BTS dikecualikan daripada perkhidmatan tersebut.
BTS, tanpa ragu-ragu merupakan satu eksport budaya terbesar di negara ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Mereka adalah kumpulan pop pertama selepas The Beatles mencapai kedudukan pertama di carta Billboard AS 200 sebanyak tiga kali dalam tempoh setahun.
Financial Times melaporkan pada tahun 2019, BTS merupakan kumpulan dengan konsert jelajah dunia terlaris di dunia.
Lebih daripada dua juta peminat menyertai konsert jelajah dunia Love Yourself pada tahun 2018 dan 2019 sekaligus meraih kutipan $ 170 million (RM762 juta).
Faida Rahim
Sat Nov 26 2022

Jin bakal menyertai khidmat mandatori ketenteraan pada 13 Disember ini. Twitter Cloudnewsmedia

Kartunis legenda Fatah Ngah meninggal dunia
Berita pemergian Abdul Fatah dikongsikan adiknya yang juga komposer terkenal Abdul Manan Ngah.

Perhebat usaha penyatuan rakyat selaras konsep Malaysia Madani
Tambah Mohd Na'im, program jamuan itu sendiri merupakan salah satu usaha cara sokongan terhadap konsep Malaysia Madani terutama dalam menyantuni rakyat tanpa mengira latar belakang, agama dan bangsa.

Liga M: Kerjasama Astro, RTM bakal bawa keuntungan semua pihak - Safee Sali
Kerjasama Liga Bola Sepak Sepak Malaysia (MFL) dengan dua stesen televisyen selaku penyiar rasmi, Astro dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal melonjakk nilai komersial pertandingan bola sepak.

Bekas Presiden Pakistan Pervez Musharraf meninggal dunia
Bekas pemimpin tentera itu menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Dubai setelah lama menerima rawatan.

AS-China | Belon pengintip ditembak jatuh, lapangan terbang ditutup
Tiga lapangan terbang di utara dan Selatan Carolina, Amerika Syarikat ditutup kira-kira dua jam pada Sabtu. Langkah itu diambil bagi memberi laluan kepada tentera Amerika Syarikat menembak jatuh belon milik China, disyaki digunakan untuk tujuan pengintipan.

Suara Rakyat | Struktur retak, pasar Karamunting perlu segera dipindah
Keretakan pasar Karamunting, tanah merah semakin hari semakin teruk. Jika dibiarkan, bimbang ada nyawa yang akan jadi korban. Sebelum nasi menjadi bubur suara rakyat menggesa agar lokasi pasar usang ini dipindahkan ke tempat yang lebih selamat.

Baling botol kaca: Tujuh individu termasuk tiga wanita ditahan
Kesemua mereka yang berusia 21 hingga 31 tahun itu, ditahan semalam dan hari ini di sekitar Dang Wangi.

Had waktu main bunga api, hanya pada musim perayaan - Lee Lam Thye
Garis panduan yang dilaksanakan juga perlu seiring dengan pemerkasaan penguatkuasaan.

Online Scam | DPDM sambut baik kerjasama Malaysia Singapura tangani isu
Hala tuju kerjasama Malaysia Singapura dalam menangani isu penipuan dalam talian bakal menjadi pemangkin merancakkan lagi sektor perniagaan digital di negara ini. Presiden Dewan Perniagaan Digital Malaysia, Chris Daniel Wong berkata pihaknya menyambut baik kerjasama perkongsian maklumat dan kepakaran dalam menangani isu ini.

Thaipusam | Batu Caves terus jadi tumpuan
Kehangatan sambutan Thaipusam sehingga petang ini masih lagi meriah dengan pengunjung tidak putus masuk dan keluar di Batu Caves. Untuk perkembangan lanjut kita terus bersama Raja Hisyam Raja Zaid yang berada di sana sejak pagi tadi.

Imej terbaharu Jin BTS di kem tentera curi perhatian netizen
Penampilan anggota BTS berusia 30 tahun itu kelihatan berbeza dengan kulit sawo matang dengan potongan rambut pendek.

Jin BTS sertai latihan ketenteraan bermula hari ini
Anggota kumpulan BTS, Jin memulakan latihan ketenteraan hari ini di mana dia ditempatkan di kem latihan di Yeoncheon, Gyeonggi-do, Korea Selatan selama lapan minggu.

Jin BTS sertai latihan ketenteraan 13 Disember
Anggota kumpulan K-pop BTS, Jin dilaporkan bakal menyertai perkhidmatan mandatori ketenteraan pada 13 Disember ini.

Hadiah buat ARMY, Jin BTS tampil dengan single 'The Astronaut'
Anggota kumpulan BTS, Jin bakal tampil dengan single pertama tidak lama lagi.

ARMY teruja! Penyanyi utama Coldplay hadiahkan gitar kesayangan buat Jin BTS
Penyanyi utama kumpulan rock Britain, Coldplay, Chris Martin menghadiahkan sebuah gitar miliknya kepada salah seorang anggota kumpulan K-pop terkenal, BTS, Kim Seok-Jin.